Terkejut Anjing Atas Jalan, Lelaki Terbabas Rempuh Pagar Rumah

| February 23, 2021 | 0 Comments

Terkejut Anjing Atas Jalan, Lelaki Terbabas Rempuh Pagar Rumah | Malang tak barbau, itulah dihadapi oleh seorang lelaki apabila terlibat kemalangan gara-gara anjing diatas jalan. Baca selanjutnya..

ELAK ANJING REMPUH RUMAH

Melaka – Gara-gara mengelak seekor anjing, seorang kontraktor cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dipandu merempuh pagar dua buah rumah di Jalan Bukit Senjuang di sini, malam tadi.

elak anjing

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam itu, mangsa yang berusia 45 tahun mengalami luka-luka pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika kejadian, pemandu tersebut yang memandu Nissan Navara dalam perjalanan dari arah Jalan Parameswara menuju ke arah lampu isyarat Semabok.

“Setiba di tempat, tiba-tiba muncul seekor anjing menyebabkan pemandu terkejut dan cuba mengelak haiwan tersebut.

“Bagaimanapun kenderaan dipandu mangsa telah hilang kawalan dan merempuh pagar dua buah rumah,” katanya.

Katanya, sehingga kini pemandu tersebut masih belum membuat laporan. Kes disiasat Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *