Terkini. 2 Kematian Staf Kesihatan Dan 181 Positif COVID-19

| April 8, 2020 | 0 Comments

Terkini. 2 Kematian Staf Kesihatan Dan 181 Positif COVID-19 | Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat 181 staf KKM yang dijangkiti koronavirus, namun tiada petugas dari wad khusus COVID-19 terlibat.

Dari jumlah itu, kebanyakan daripadanya mendapat jangkitan di luar waktu bekerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini.

Katanya, seramai 122 staf mewakili 67 peratus staf yang positif COVID-19 mendapat jangkitan tersebut  seperti menghadiri majlis perkahwinan dan sebagainya.

Ada dikalangan mereka kemudiannya menjangkiti rakan setugas ketika bekerja, kata beliau.

Sementara itu, seramai 36 staf dijangkiti semasa berkhidmat di klinik atau ICU disebabkan pesakit tidak jujur ketika mendapatkan rawatan.

“Mereka dijangkiti kerana apabila mereka melakukan prosedur, pesakit tidak memaklumkan kepada doktor mereka ada kontak rapat. Justeru, mereka tidak memakai peralatan perlindungan diri (PPE),” kata beliau.

“Tidak ada seorang pun yang berkhidmat di wad COVID-19 atau ICU yang dijangkiti setakat ini. Ini bermaksud mereka mengamalkan langkah-langkah pencegahan dengan memakai PPE semasa bertugas,” tegasnya.

Dari keseluruhan kes, sebanyak dua kematian petugas kesihatan dicatatkan di mana masing-masing mempunyai sejarah perjalanan ke Turki dan Indonesia. Kematian mereka tidak mempunyai kaitan dengan kerja, jelas beliau.

Sumber : KKM Via SiakapKeli

Tags: , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *