Terkini Ebit Lew Dedah Amalan Arwah Yusof Haron, Mangsa Covid-19 Buat Ramai Sayu

| March 18, 2020 | 0 Comments

Terkini Ebit Lew Dedah Amalan Arwah Yusof Haron, Mangsa Covid-19 Buat Ramai Sayu | Baru ni Ebit Lew video call dengan isteri arwah Yusof Haron. Tak sangka rupanya Ebit Lew pernah jumpa mangsa sebelum ni dan dedah amalan arwah buat ramai sayu. Baca selanjutnya.

Arwah Suka Baca Quran Walau Sedang Menunggu Di Airport

Sebak menangis baru lepas video call Noradilah wife arwah Muhammad Yusof b Haron 34 thn mati syahid asbab Corona Virus dan beliau memang ada masalah pernafasan dari sebelum ini.

Sebak tengok wife dan 5 anaknya positif covid 19. Tapi semuanya dalam keadaan sihat dan tiada demam or sesak nafas. Seorang lagi anak negatif dan kuarantin ditempat lain. Ya Allah tuhanku. Anak yang besar dah tahu.

Yang kecil semua belum faham sangat. Anak dari 7bulan sampai 11tahun. Kecil lagi. Tengok mereka berlari dalam bilik sendiri di hospital JB rasa sebak. Anak-anak syuhada.

Terima kaseh semua Dr dan Nurse di KKM yang berkorban berjuang berjihad disebalik semua ini. Allah selamatkan keluarga pejuang kita semuanya. Selamat semuanya insyaAllah. Hanya syurga dan Redha Allah buat tuan puan semua bahagian depan dalam perjuangan kali ini.

Saudaraku semua terus kita berjuang jaga diri dan kuarantin diri dan ikut nasihat kkm dan negara kita. Jika ada simptom terus buat pemeriksaan. Kita hadapi sebagai sebuah keluarga.

Ini waktu bersatu hati. Supaya ALLAH sayang kita. Rahmat Allah sahaja boleh selamatkan kita.

Dari semalam tak boleh tidur mendoakan semua. Sekali tengok arwah macam kenal sangat. Siapa yer. Cuba ingat rupanya tahun 2003 dan 2007 dulu kami pernah jumpa di India Pakistan. Dia dulu belajar hafiz Al-Quran. 15 juz juga. Allahuakbar.

Ayahnya pendakwah baik dan pergi ke seluruh dunia di icu tapi kini dah bertambah baik dan pulih. Beberapa kali saya jumpa dia di airport mana dalam dunia mesti tengah baca Al-Quran. Terkesan dengan sifat baiknya.

Saya baru lepas beri sedikit sumbangan padanya. Jika sesiapa sumbang sedikit ini no akaun isterinya

Bank Islam
010 4102 7184 812
Nor Adilah bt Rani

Sumber: Fb Ebit Lew

Tags: , , , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *