Terlupa Nak “Paste” Lepas Dah Banyak “Copy”? Ini Fungsi Clipboard Di Microsoft Words | Banyak fungsi-fungsi di Microsoft Words yang kita tak tahu kegunaannya bagaimana. Mujur ada perkongsian dari Nabihah Shaauzi mengenai fungsi Clipboard Multi-Paste di Microst Words yang membolehkan anda untuk copy secara banyak dan paste ikut kehendak anda sendiri.

Pernah tak copy banyak-banyak, tapi terlupa nak paste? Terpaksalah buat benda yang sama sekali lagi.

Tahu tak Microsoft ada menyediakan fungsi Clipboard bertujuan untuk ‘multi-paste’? Tak perlulah risau jika hendak copy banyak-banyak di tempat yang berlainan sekalipun.

Klik anak panah kecil bersebelahan ‘Clipboard’.

Sekarang anda tersedia untuk fungsi multi-copy. Setiap kali anda copy, perkataan tersebut akan dikepilkan di clipboard.

Shortcut copy : Ctrl + C

Apabila anda hendak paste, klik pada perkataan yang hendak di paste atau klik ‘Paste All’ jika hendak paste semua perkataan yang di copy.

Jika anda ingin mengekalkan fungsi Clipboard ini, anda boleh klik ‘Options’ > tandakan ‘Collect Without Showing Office Clipboard’.

Jika tidak, anda perlu membuka Clipboard setiap kali hendak ‘multi-copy’.

Limit items yang boleh dicopy pada sesuatu masa ialah sebanyak 24 items. Jika item ke-25 di copy, item yang pertama akan terpadam.

Notis akan diberikan setiap kali item di copy untuk menunjukkan bilangan items semasa di Clipboard.

Sumber : Nabihah Shaauzi

Share.

Leave A Reply