Terminum Air Toksin, 300 Gajah Mati

| September 22, 2020 | 0 Comments

Terminum Air Toksin, 300 Gajah Mati | Gaborone: Kira-kira 300 gajah ditemui mati akibat bakteria dalam sumber air di Delta Okavongo, Bostwana.

Bostwana adalah negara dengan populasi gajah terbesar di dunia iaitu kira-kira 130,000.

Namun sejak Mac lalu, ratusan gajah ditemui mati, dengan gading yang masih ada.

Itu menjadi bukti bahawa ia tidak berpunca daripada aktiviti pemburuan.

The Guardian melaporkan petugas perubatan dari Jabatan Hidupan Liar dan Taman Nasional Mmadi Reuben berkata, haiwan itu mati akibat minum air beracun.

Katanya, kes pertama kematian gajah itu berlaku pada 25 April lalu berhampiran Kampung Seronga.

Menurutnya, jumlah gajah yang maut terus meningkat selepas itu.

Menurut jabatan berkenaan, kira-kira 330 gajah mati dan ujian darah menemui bakteria yang menghasilkan neurotoksin menjadi punca kematian.

Ujian berkenaan dijalankan di Afrika Selatan, Kanada, Zimbabwe dan Amerika Syarikat.

Sumber : HMetro

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *