Terpaksa Tamatkan Kontrak, Rakan Pejabat Pakat Hadiahkan Gelang Emas Untuk Mak Cik Cleaner | Di setiap organisasi atau syarikat sudah tentu punyai beberapa orang pekerja yang perlu lakukan kerja-kerja pembersihan. Kebiasaannya mereka selalu dipanggil mak cik cleaner atau pak cik cleaner kerana rata-rata yang melakukan kerja ini selalunya orang yang sudah berusia.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Encik Izwan telah tular mengenai dia dan rakan sepejabatnya sepakat untuk menghadiahkan seutas gelang emas kepada cleaner meraka.

https://twitter.com/IzwanSajjer/status/1374996870657835012

Difahamkan, syarikatnya perlu berpindah ke Kuala Lumpur dan mereka perlu tamatkan kontrak bagi pekerja cleaner. En Izwan juga telah memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan pekerja lain sedang memakaikan gelang emas tersebut kepada mak cik celaner atau lebih mesra dipanggil Kak Jati.

Ciapannya menarik perhatian ramai sehingga tular dan meraih lebih 10 ribu tanda suka oleh warga maya.

Kak Jati juga dipercayai sudah berkhidmat lama di syarikat tersebut dan dia mudah dikenali dengan sifat peramah bila diajak berbual dan sentiasa menjaga kebersihan syarikat.

Jadi, pekerja yang lain memutuskan untuk memberi hadiah seutas gelang rantai emas sebagai tanda membalas jasa-jasa beliau di syarikat tersebut.

Di samping itu, En Izwan juga mengatakan walaupun berbeza bangsa dan negara, saling hormat-menghormati adalah penting untuk mengekalkan perpaduan. Belaiu juga turut mengucapkan terima kasih kepada rakan sepejabatnya yang telah menyumbang.

Kak Jati difahamkan ditempatkan semula ke agensi beliau sebelum diberikan tempat baru.

Sumber : @IzwanSajjer

Share.

Leave A Reply