Terperangkap Dalam Kebakaran, Dua Beranak Ditemui Rentung

| March 29, 2021 | 0 Comments

Terperangkap Dalam Kebakaran, Dua Beranak Ditemui Rentung | Kebakaran rumah yang mengorbankan dua beranak akibat terperangkap dalam kebakaran terbabit. Baca selanjutnya..

RENTUNG DALAM KEBAKARAN

Muar: Dua beranak berusia 15 dan 54 tahun ditemukan rentung dalam kebakaran di rumah di Jalan Manja, Kampung Baru 1, Tangkak, di sini, hari ini.

Juurucakap Jabatan dan Bomba Penyelamat (JBPM) Negeri Johor berkata, dua lelaki terbabit dilaporkan terperangkap di tingkat atas bangunan dua tingkat berkenaan dalam kejadian 11.50 pagi itu.

“Tiga jentera FRT, satu jentera EMRS dan satu utiliti Hilux dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak dibantu BBP Muar dan BBP Bukit Gambir dengan kekuatan seramai 24 anggota dihantar ke tempat kejadian selepas kita menerima laporan berhubung kebakaran itu.

“Kebakaran memusnahkan 80 peratus daripada keseluruhan bangunan. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada 1.58 tengah hari tadi.

Sumber : HMetro

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *