Terperanjat Lihat Isteri Tanpa Solekan, Suami Cerai Isteri Malam Pertama | Seorang lelaki tergamak menceraikan isterinya beberapa jam selepas berkahwin gara-gara rasa tertipu selepas melihat wajah asli isterinya tanpa solekan, lapor Detik.com.
Kisah tular pasangan dari China tersebut membabitkan seorang lelaki bernama Cao yang bertemu pasangannya yang bernama Trang di media sosial. Cao dilaporkan berusia 30 tahun, manakala Trang berumur 47 tahun.
Walaupun mempunyai perbezaan jarak umur yang agak jauh, mereka dilaporkan tetap ingin meneruskan hubungan percintaan tersebut.
Sejak pertemuan pertama mereka, Cao difahamkan terus tertarik dengan penampilan Trang yang cantik, penyayang, yakin dan matang itu. Tambahan pula, latar belakang keluarga mereka juga dikatakan agak serupa.
Selepas bercinta untuk seketika, Cao kemudiannya memutuskan untuk melamar Trang. Perkahwinan Cao dan Trang diadakan secara ringkas di kampung halaman mereka.
Pada malam pertama perkahwinan itu, Cao berasa sangat gembira namun akhirnya kebahagian itu lenyap selepas dia melihat wajah asli isterinya tanpa solekan. Cao begitu terkejut apabila melihat wajah sebenar isterinya tanpa mengenakan sebarang alat solek.
Ternyata setiap kali mereka bertemu sepanjang percintaan mereka, Trang akan sentiasa bersolek dan berpakaian rapi. Kemahiran Trang dalam menata rias wajahnya telah membuatkan Cao tidak mengenali wajah asli isterinya itu.
Kejutan itu telah membuatkan Cao rasa tertipu dan akhirnya pada malam tersebut dia meminta cerai lalu menghalau isterinya keluar dari rumah.
Trang cuba untuk menjelaskan kepada Cao bahawa dia melakukan perkara tersebut kerana mahu kelihatan cantik seperti wanita lain dan memberikan tanggapan baik kepada Cao.
Kerana kecewa dengan sikap suaminya itu, Trang akhirnya memberikan dua pilihan kepada Cao untuk dibuat.
Pilihan pertama, mereka berdua akan mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah dan terus tinggal bersama. Pilihan kedua pula, pasangan itu akan bercerai tetapi Cao perlu membayar wang pampasan kepada Trang sebanyak 200,000 yuan (RM127k).
Cao yang merasakan dirinya ditipu serta tuntutan yang diberikan Trang itu tidak masuk akal telah meminta bantuan pihak berkuasa untuk menyelesaikannya.
Pun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada pasangan tersebut akhirnya bercerai atau tidak.
Sumber: Siakap Keli
Artikel Lain
Seorang Wanita Diceraikan Sebab Tak Jemput Abang Ipar Buka Puasa
Seorang warga Mesir menceraikan isterinya selepas wanita itu enggan menjemput abang iparnya berbuka puasa bersama pada hari pertama Ramadan.
Wanita itu berkongsi kisahnya di Tahia Masr dengan mendakwa suami tidak menjaga privasi di rumah mereka, selain pengaruh negatif abang iparnya itu sebagai punca perpisahan mereka.
Gulf News melaporkan, pasangan itu mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki serta dua anak perempuan.
Wanita yang nama tidak didedahkan itu bimbang suaminya terpengaruh dengan sikap abangnya yang sering berkahwin dan bercerai, serta akan melakukan perkara sama.
Dia juga mendakwa suaminya itu berkongsi kehidupan rumah tangga mereka kepada abangnya, termasuk hal kewangan keluarga, membuatkan dia berasa seperti tiada kerahsiaan.
Lebih mengecewakan apabila suami tidak berupaya membuat keputusan sendiri tanpa bantuan abangnya.
Ketegangan memuncak apabila suami berkeras mahu abangnya bersama isteri baharu menyertai mereka berbuka puasa pada hari pertama Ramadan.
Bosan dengan kehadiran abang iparnya yang berterusan, dia meminta untuk mereka menghabiskan masa bersama anak-anak namun suaminya tidak bersetuju, malah memaksanya untuk mengajak lelaki itu.
Dia bagaimanapun ingkar dengan arahan suaminya menyebabkan lelaki itu memintanya keluar rumah dan pulang ke rumah keluarga serta memberitahu mahu menceraikannya.
Tiga minggu kemudian, wanita itu menerima surat cerai yang mendorong kes terbabit dibawa ke mahkamah keluarga bagi dia mendapatkan hak selayaknya termasuk hak penjagaan anak.
Sumber : Harian Metro