Tertekan Dikuarantin, Wanita Ditemui [email protected] Terjun Tingkat 12 | Seorang wanita maut terjatuh dari tingkat 12 sebuah bangunan pangsapuri di China akibat tertekan selepas rumahnya dikunci dari luar ketika menjalani perintah berkurung Covid-19, lapor akhbar Daily Star semalam.

Wanita berusia 55 tahun yang hanya dikenali sebagai Wang itu dilaporkan mengalami masalah kesihatan mental.

Bangunan apartmen tersebut di daerah Xincheng di Hohhot yang merupakan sebuah bandar di wilayah Inner Mongolia, dikuarantin selepas dua kes Covid-19 dilaporkan pada 26 Oktober lalu.

Pegawai tempatan mengeluarkan kenyataan Ahad lalu menyatakan bahawa ahli keluarga mangsa telah menghubungi pekerja komuniti yang bertugas serta menelefon talian kecemasan pasukan perubatan tempatan.

Namun, beliau mengaku gagal memberikan bantuan mencukupi bagi menangani situasi yang dihadapi oleh Wang.

Menurut laporan, pagar besi kediaman wanita itu telah dikunci dari luar yang menyebabkan mangsa terdesak untuk keluar.

Laporan di media sosial China, Weibo, mendakwa bahawa anak perempuan Wang yang berusia 29 tahun meminta pengurus bangunan agar menghubungi talian kecemasan.

Pengurus tersebut kemudian menyuruh wanita itu agar menelefon sendiri (talian kecemasan) kerana dia sedang sibuk.

Satu rakaman audio turut mendedahkan bunyi anak perempuan mangsa mengetuk pagar dan merayu pekerja kebajikan agar membuka pintu rumah ibunya.

“Buka pintu ini, buka pintu ini! Tolonglah, saya merayu,” kata anak mangsa.

Menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan, siasatan mendapati bahawa pengurusan dan anggota masyarakat lambat bertindak balas, tidak bertindak balas dengan betul dan tidak sensitif terhadap kecemasan.

“Insiden ini mendedahkan kelewatan dalam perkhidmatan hartanah kediaman serta kelemahan dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Ia menggambarkan ketidaksempurnaan mekanisme penghantaran kecemasan,” kata kenyataan tersebut.

Sumber : Kosmo

Baca juga artikel menarik lain :

Seorang guru di wilayah Songkhla, Thailand didakwa membunuh anak lelakinya berusia lima tahun yang menderita masalah autisme.

Pembunuhan dilakukan dengan cara menekup muka mangsa menggunakan bantal, lapor laman berita Thaiger semalam.

Selepas melakukan pembunuhan itu, suspek cuba membunuh diri dengan meminum cecair pencuci tandas tetapi akhirnya jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.

Pegawai dari Balai Polis Hat Yai dikejarkan ke bilik di sebuah kondominium bersama anggota penyelamat dari Yayasan Perpaduan Persahabatan Hat Yai.

Polis menemui mayat seorang budak lelaki berusia 5 tahun, sebuah bantal dan selimut yang tertimbun di atas lantai bersebelahannya.

Di dalam bilik air, mereka kemudian menemui A (bukan nama sebenar), 39, yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah kerajaan di daerah Hat Yai.

Dia berada dalam keadaan kritikal selepas minum segelas cecair pencuci tandas.

Juruteknik bangunan tersebut memberitahu polis bahawa suspek telah meminta bantuannya selepas meminum cecair tersebut. Lelaki itu berlari ke bilik wanita tersebut di mana dia mendapati mangsa sudah meninggal dunia sebelum menghubungi polis.

Suspek didakwa membunuh anaknya yang menghidap autisme menggunakan bantal sebelum berniat untuk membunuh diri. Walau bagaimanapun, dia tidak dapat menahan kesakitan akibat meminum cecair itu, lantas meminta bantuan.

Sumber memberitahu bahawa A sedang bergelut dengan masalah hutang selepas meminjam wang daripada sekolah dan mempunyai masalah keluarga. Dia dikatakan tinggal berdua dengan anaknya.

Sumber: Kosmo

Baca juga artikel menarik ini :

Tragis apabila seorang remeja lelaki yang baru berusia 13 tahun meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan antara sebuah motosikal dan sebuah van.

Mangsa yang merupakan penunggang motosikal mengalami kecederaan parah selepas tercampak ke sawah padi dekat Besut, Terengganu pada minggu lalu.

Dua lagi mangsa iaitu pembonceng motosikal juga tercampak ke sawah dan turut dalam keadaan parah manakala pemandu van mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki.

Seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan jenazah secara percuma berkongsi kisahnya bersama mangsa sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

“Sewaktu saya tiba di tempat kejadian, arwah masih sedar dan terbaring kaku dalam sawah padi. Saya turun ke dalam sawah dan berdiri di sampingnya.”

“Dia mengadu rasa kebas pada seluruh badan. Ketika itu saya lihat tangan kanannya patah, bahu patah, kaki kanan patah dan ada koyakan besar pada paha dan betis.”

“Air sawah padi bertukar menjadi merah akibat bercampur dengan darah,” tulis sukarelawan yang lebih dikenali sebagai Mat Yoe di akaun Facebook miliknya.

Mat Yoe berkata bahawa mangsa yang dikenali sebagai Rafiq itu dibawa ke bahu jalan sejurus pasukan bomba dan anggota perubatan tiba di lokasi kejadian.

“Saya sangka dia selamat kerana hanya mengalami kecederaan luaran pada mata saya. Rupanya dia mengalami kecederaan organ dalaman” katanya sambil menambah bahawa mangsa meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa di hospital.

Menurut Mat Yoe lagi, ibu Rafiq meninggal dunia dua tahun yang lalu dan sejak itu Rafiq bersama seorang kakak dan adik masing-masing berusia 14 tahun dan empat tahun yang tinggal bersama nenek mereka.

Namun apa yang memilukan bagi sukarelawan menerusi JNZA Gaung Global itu adalah ungkapan terakhir yang didengarinya sebelum arwah meninggal dunia.

“Saat-saat akhir nafasmya, dia beritahu saudara-maranya yang dia akan pergi untuk ‘bersama’ dengan ibunya. Dia juga sempat memohon maaf serta meminta saudara-maranya menghalalkan segala makan minumnya selama ini.

“Rafiq nak pergi duduk dekat ibu. maafkan Rafiq, halalkan segala makan dan minum Rafiq” kata-kata arwah itu masih terngiang-mgiang di telinganya.

Jenazah Rafiq selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Saji pada Khamis lalu.

“Jenazah ibu Rafiq dulu diuruskan oleh pasukan lain kerana pada waktu itu kami belum ada team mandi kapan jenazah wanita.”

‘Akan tetapi, team kami mengambil tanggungjawab dengan membayar separuh dari caj mandi kapan yang ditanggung oleh waris.”

“Kenderaan jenazah yang digunakan untuk membawa jenazah merupakan kenderaan jenazah yang sama digunakan oleh arwah ibunya dua tahun lalu dan arwah juga dikembumikan tidak jauh dari pusara ibunya,” katanya.

Mat Yoe berkata, Allahyarham Rafiq semasa hayatnya mencari rezeki dengan bekerja menjual ayam dan sayur pada hujung minggu dan cuti sekolah.

Malah katanya, ramai pelamggan yang mengenali arwah kerana sifatnya yang peramah.

“Adik Rafiq budak yang baik. Ramai bercakap hal-hal yang baik mengenai adik Rafiq. Walaupun baru beruisa 13 tahun, adik Rafiq matang sebelum usianya.”

“Pergilah ‘bersama’ ibumu. Itulah  ungkapan terakhir yang keluar dari mulutmu sebelum menghembuskan nafas terakhir. Masih terbayang-bayang di mata wajahmu yang berseri-seri. Syurga buatmu adik Rafiq.” tulis Mat You di Facebooknya.

Diucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman.

Sumber : Mstar 

Share.

Leave A Reply