Tertembak Diri Sendiri Punca Anggota Polis Cedera

| March 24, 2021 | 0 Comments

Tertembak Diri Sendiri Punca Anggota Polis Cedera | Seorang anggota polis cedera di bahagian paha kiri dipercayai tertembak diri sendiri di Balai Polis Meranti, Pasir Emas, baru-baru ini.

Tertembak Diri Sendiri Punca Anggota Polis Cedera

Sambutan Hari Polis Ke-214 Peringkat Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan dihadiri Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammed Piah. GAMBAR: Sinar Harian

Anggota yang berpangkat konstabel tersebut dikatakan sedang mengosongkan peluru sebelum tertembak diri sendiri dalam kejadian sekitar 11.30 malam itu.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, anggota yang berusia 29 tahun tersebut berada dalam keadaan stabil dan kini sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

“Anggota tersebut difahamkan sedang mengosongkan peluru sebelum senjata itu tiba-tiba meletup dengan sendirinya lalu satu das tembakan terlepas daripada pistol tersebut dan terkena pada paha kiri mangsa”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sambung beliau, rakan aggota  yang berada di lokasi segera mendapatkan bantuan kerana mangsa sudah berlemuran darah sebelum dikejarkan ke hospital.

“Siasatan terperinci akan dijalankan secara terperinci bagi mengetahui punca sebenar kejadian tersebut sama ada disengajakan atau ia membabitkan perkara lain dan kes ini disiasat mengikut Kertas Enkuari Polis setakat ini”, katanya lagi.

Beliau terlebih dahulu merasmikan Sambutan Hari Polis ke-214 Peringkat Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Seramai 62 orang menjadi penerima sijil penghargaan sempena majlis itu berlangsung dan 23 daripada penerima anugerah merupakan pengamal media di negeri tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *