“Thank You Encik Dahalan…” Pelajar Ini Bersyukur Sempat Sampai KLIA Sebelum Ke Korea Dengan Bantuan Polis | Setiap urusan yang melibatkan masa pasti ada halangan dan dugaan yang perlu kita tempuh. Akan tetapi, pertolongan dan bantuan juga selalu terselit disebalik kesusahan tersebut.

 

Begitulah yang terjadi kepada adik ini. Beliau yang dikenali sebagai Irdina, menghadapi masalah di pertengahan jalan akibat kereta datuknya yang rosak secara tiba-tiba. Tujuan beliau ke KLIA adalah untuk berlepas ke Korea pada petang semalam berikutan untuk menyambung pelajarannya di sana.

“Jujur cakap, tak ada Encik Dahalan, tak fly ke korea saya hahaha..”

Nasibnya begitu baik pada masa itu kerana ada beberapa polis bantuan yang datang untuk membantu. Salah seorang polis bantuan di situ yang dikenali sebagai Encik Dahalan telah menghantarnya terus KLIA. Irdina amat berterima kasih dan bersyukur kerana selamat dan sempat sampai dengan bantuannya.

Tidak cukup dengan itu, sampai sahaja di lapangan terbang bagnya pula terlebih muatan dan tiketnya pada rakannya yang lain. Dikurniakan kawan-kawan yang baik, beliau dapat harungi masalah tersebut dengan jayanya.

Dengan perkongsian yang tular ini, secara tak langsung beliau juga dapat berkongsi tentang bagaimana mahu menyambung pelajaran ke Korea kepada pelajar yang lain.

Sumber : @irdinajaswan

 

Share.

Leave A Reply