Tidak Mahu Kerja Punca Remaja Tipu Positif Covid-19

| April 7, 2021 | 0 Comments

Tidak Mahu Kerja Punca Remaja Tipu Positif Covid-19 | Seorang remaja lelaki sanggup menipu majikannya dengan mengatakan bahawa dia telah didapati positif Covid-19 hanya kerana dia sudah tidak mahu bekerja.

Johor Bharu: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun sanggup mengambil risiko menipu majikannya dengan mengakui bahawa dirinya telah positif Covid-19 hanya kerana tidak mahu bekerja di sebuah restoran di Skudai, di sini semalam.

Bagaimanapun tindakan remaja terbabit mengundang padah apabila ia diberkas polis pada hari yang sama susulan laporan yang dibuat oleh pemilik restoran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Iskandar puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar  berkata, laporan itu dibuat setelah rahsia remaja memalsukan laporan keputusan ujian calitan Covid-19 terbongkar.

“Remaja lelaki yang bekerja sebagai pelayan di restoran berkenaan mengirimkan mesej melalui aplikasi WhatsApp dengan menghantar sekeping gambar surat mendakwa dirinya positif Covid-19.

“Ekoran itu, majikan restoran tersebut telah menutup restorannya dan pergi ke klinik bersama 12 lagi pekerja yang lain untuk membuat ujian calitan sebelum mendapatkan ujian berkenaan negatif,”katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Dzulkhairi berkata, susulan menerima keputusan ujian itu, majikan terus mendesak dan melakukan siasatan sebelum mengetahui perkara yang sebenar.

“Remaja itu mengaku bahawa dia menipu gara-gara merasakan dirinya tidak sesuai bekerja sebagai pelayan restoran berkenaan.

“Suspek adalah pekerja yang baru satu hari diterima bekerja di restoran tersebut iaitu pada 5 April lalu.

Dzulkhairi turut memberitahu, pihak polis akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atas suspek manakala kes akan disiasat di bawah Seksyen 420/468 Kanun Keseksaaan atas kesalahan memalsukan laporan keputusan ujian calitan Covid-19.

Sumber: Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *