Tidak dapat diungkap dengan kata kata untuk mengambarkan perasaan seorang wanita apabila ia mendapat tahu rider foodpanda yang meninggal dunia itu adalah rider yang sama telah menolongnya tempoh hari. Sudah tentu sebak dan hiba bila mengetahui bahawa rider itu meninggal dunia akibat dilanggar pemandu yang disyaki mabuk di Segamat, Johor.

Rider Maut Dilanggar. Wanita Ini Terkilan Tidak Sempat Ucap Terima Kasih. 'Ini' Sebabnya..

Menerusi perkongsian video Tiktok oleh @JajaED,  wanita itu pada asalnya ingin mencari kembali seorang penghantar makanan yang menolongnya semasa dalam perjalanan hendak pergi ke hospital untuk bersalin.

Namun hajatnya tidak kesampaian apabila dia mendapat tahu, penghantar makanan itu rupanya telah meninggal dunia pada 21 September akibat kemalangan, sehari selepas dia ditolong lelaki berkenaan untuk ke hospital.

Wanita yang bernama Nurr itu turut mengirimkan gambar kepada pemilik Tiktok tersebut untuk mengenal pasti sama ada lelaki berkenaan adakah merupakan orang yang sama ataupun hanya pelanduk dua serupa.

Bagaimanapun setelah disahkan identitinya, Nurr berasa terkejut dan menggigil kerana tidak menyangka bahawa lelaki yang baru sahaja menolongnya telah kembali ke Rahmatullah pada hari seterusnya.

Nurr berkata lagi,  baru niat nak mencari dia, dia tolong pada 20 September kira-kira pukul 5. Sakit nak bersalin, dia bantu buka jalan untuk laluan kami. Ya Allah menggigil apabila dapat tahu dia orang yang sama.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata ramai yang mendoakan yang baik-baik untuk rider tersebut.

Ujarnya Nur Cahaya yang merupakan salah seorang yang memberi komen, SubhanAllah, semoga roh abang Foodpanda dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan semoga kita dapat contohi sikap arwah.

Arwah meninggal di hari Jumaat, semoga Allah ampuni beliau dan tempatkan bersama para syuhada dan solihin,” kata Muttaqin di ruangan komen.

Rider Maut Dilanggar. Wanita Ini Terkilan Tidak Sempat Ucap Terima Kasih. 'Ini' Sebabnya..

Difahamkan, penghantar makanan yang bernama Rudi Hermawan Sumarno telah menolong membuka jalan untuk Nurr semasa dia dalam perjalanan ke hospital.

Rudi dilapor terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Muar-Segamat pada Khamis lalu dan disahkan sudah meninggal dunia.

Baru-baru ini pula turut berlaku kejadian hampir serupa melibatkan penghantar makanan yang maut dirempuh kenderaan dalam satu kejadian di Klang.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply