“Kesian Staff Kami..” Ditegur Tidak Pakai Pelitup Muka Dan Imbas Suhu, Lelaki Bertindak Mencekik Pekerja Kedai

| April 18, 2021 | 0 Comments

“Kesian Staff Kami..” Ditegur Tidak Pakai Pelitup Muka Dan Imbas Suhu, Lelaki Bertindak Mencekik Pekerja Kedai | Salah satu prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh setiap rakyat malaysia adalah memakai pelitup muka. Ini bagi mengelakkan mereka terkena jangkitan virus itu melalui udara.

"Kesian Staff Kami.." Ditegur Tidak Pakai Pelitup Muka Dan Imbas Suhu, Lelaki Bertindak Mencekik Pekerja Kedai

Namun lain pula yang berlaku di sebuah kedai runcit di Taipan 2, Senawang apabila seorang lelaki berusia telah bertindak agresif dengan memarahi serta mencekik leher seorang pekerja kedai apabila ditegur kerana tidak memakai pelitup muka ketika memasuki premis itu. Dia juga dipercayai tidak membuat imbasan MySejahtera serta menulis nama dibuku yang telah disediakan oleh kedai itu.

Lelaki yang berusia 50 tahun itu telah ditahan oleh pihak polis Senawang pada hari Ahad. Bukan sahaja mencekik mangsa, malahan dia turut mengugut mangsa yang merupakan pekerja di kedai itu apabila ditegur akan kesilapannya yang tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan itu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, suspek ditahan kira-kira jam 10 malam bagi membantu siasatan kes yang berlaku di sebuah kedai runcit di Taipan 2, Senawang.

Pihak polis telah menerima laporan berkaitan isu itu daripada mangsa sendiri yang berusia 22 tahun pada jam 12.33 tengah hari, Ahad. Hasil semakan lanjutan mendapati insiden yang berlaku kira-kira pada jam 9.20 pagi (Ahad) itu berlaku apabila mangsa iaitu pekerja kedai telah menegur suspek yang tidak mematuhi SOP seperti tidak memakai pelitup muka, memeriksa suhu dan menulis nama.

Mengulas lanjut, Mohd. Said berkata, suspek akan di bawa ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Isnin untuk tahanan reman di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.

” Suspek juga akan dikenakan kompaun atas ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988),” katanya.

Pada Ahad tular video berdurasi lebih satu minit di media sosial memaparkan seorang lelaki memakai baju putih telah memarahi mangsa (pekerja kedai) dan bertindak mencekik lehernya.

Sumber: Sinar Harian, Masbukti

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *