Tiga Kali PKPD Penduduk Kampung Buat Bantahan Aman

| April 27, 2021 | 0 Comments

Tiga Kali PKPD Penduduk Kampung Buat Bantahan Aman| Penduduk di Kampung Baru Pasir Putih, di Tawau telah mengadakan perhimpunan aman bagi membuat bantahan mengenai keputusan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan mereka, malam tadi.

Tiga Kali PKPD Penduduk Kampung Buat Bantahan Aman

Tawau: Perhimpunan yang dikatakan bermula pada pukul 7.30 malam itu berlangsung secara aman dengan kehadiran serta kawalan dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), tentera, Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Tinjauan tersebut mendapati, kebanyakan penduduk tidak berpuas hati dengan pengumuman yang dikemukakan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang telah melanjutkan tempoh PKPD di lokaliti itu selama dua minggu kedepan bermula esok sehingga 12 Mei.

Sebelum itu, Kampung Baru Pasir Putih telah dikenakan PKPD bermula pada awal 1 April sehingga 14 April sebelum kampung tersebut dilanjutkan PKPD sehingga 28 April.

Salah seorang penduduk di kampung itu yang hanya ingin dikenali sebagai Awalluddin, 38, merayu agar PKPD segera ditamatkan agar membolehkan mereka semua keluar bekerja untuk mencari nafkah dan keperluan keluarga mereka.

Dalam pada itu, tuntutan yang dikemukakan oleh penduduk di kampung itu wajar dipertimbangkan bagi mengambil kira keadaan semasa ekoran jumlah kes yang direkodkan di kampung itu sudah mencapai tahap rendah.

“Kami tidak menafikan ada menerima bantuan bakul makanan yang disalurkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah dan sumbangan wakil rakyat namun kami juga ada tanggungan termasuk hutang bank, kereta dan lain-lain yang perlu dibayar,” katanya.

Perhimpunan yang berlaku hampir tiga jam yang dihadiri lebih 300 orang itu kemudiannya berakhir dengan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku selepas diminta bersurai oleh pihak polis.

Dalam masa yang sama, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, setiap tuntutan, rungutan serta permintaan penduduk di kampung berkenaan akan dibawa ke Mesyuarat Khas PKOB daerah dan negeri untuk tindakan yang selanjutnya.

“Penduduk di setiap lokaliti yang masih diisytiharkan sebagai kawasan PKPD diharap memberi kerjasama kepada pihak berkuasa termasuk kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang menjalankan swab test untuk mengesan individu yang positif COVID-19,” katanya.

Sumber: Berita HarianĀ 

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *