Tiga lelaki tempatan ditahan pada Selasa, bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah di Ulu Tiram pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, kesemua suspek berusia 24 hingga 30 tahun itu, ditahan selepas laporan berhubung kejadian tersebut diterima pada jam 3.19 pagi, Selasa.

“Berdasarkan laporan polis yang dibuat, mangsa menyatakan telah dirogol oleh empat lelaki warga tempatan secara bergilir-gilir di sebuah rumah di Ulu Tiram antara jam 1 hingga 3 pagi, pada 14 Mei lalu.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Ulu Tiram, telah membuat tangkapan ke atas tiga suspek di kawasan Ulu Tiram antara jam 3.30 hingga 6 pagi, pada Selasa.

“Polis merampas dua telefon bimbit, dua keretan kain permukaan tilam yang terdapat tompokan disyaki darah dan sehelai kain cadar bercorak warna kelabu yang terdapat kesan didapati air mani,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Mohd Sohaimi, dua suspek didapati positif dadah dan turut mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Ketiga-ketiga mereka kini direman selama enam hari bermula Selasa dan kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

“Polis masih memburu seorang lagi suspek berusia 27 tahun bagi membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintenden Addie Remie Jasmin di talian 013-8636345/07-386422,” katanya.

Sumber : SH

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Seorang Pekerja Pembersihan Rog0l Remaja 13 Tahun Sehingga Melahirkan Anak Lelaki

Seorang pekerja pembersihan dihukum penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah merogol kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun sehingga melahirkan bayi lelaki, November lalu.

Hakim Rosli Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap terrtuduh, Muhammad Ali, 47, selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Ali yang juga pemegang pasport warga Indonesia didakwa merogol mangsa yang berumur 13 tahun (ketika kejadian) di sebuah rumah pekerja ladang kelapa sawit di Semporna, jam 4 petang, 2 April 2022.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suriana manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd Suhaimi dalam hujahnya memohon hukuman berat ke atas tertuduh mengambil kira faktor kepentingan awam selain kesan trauma dialami mangsa selepas dirogol tertuduh.

Katanya, mangsa dalam kes ini yang masih bersekolah sepatutnya menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak perempuan lain namun terpaksa memikul tanggungjawab sebagai Ibu dalam usia yang sangat muda.

“Laporan daripada Jabatan Kimia juga mengesahkan tertuduh adalah ayah kandung bayi terbabit.

“Pendakwaan juga mengambil kira faktor tertuduh dalam kes ini adalah warga asing yang masuk ke negara ini sewajarnya dijatuhi hukuman berat selain perlu diusir pulang ke negara asal,” tegasnya.

Hakim kemudiannya, memerintahkan tertuduh dipenjara selama lapan tahun dan empat sebatan bermula dari tarikh tangkapan selain diusir pulang ke negara asal sebaik selesai menjalani hukuman.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh disyaki merogol mangsa yang ketika itu sedang tidur bersendirian di rumahnya kira-kira jam 4 petang pada 2 April tahun lalu.

Tertuduh bagaimanapun, ditangkap pada 21 November lalu selepas mangsa mengadu sakit perut sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tawau.

Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa mengandung 38 minggu dan selamat melahirkan bayi lelaki sebelum mendedahkan dia dirogol tertuduh.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply