Tiga Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Pertembungan Kereta Dan Motosikal

| June 9, 2021 | 0 Comments

Tiga Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Pertembungan Kereta Dan Motosikal | Seringkali kita dengar mengenai kemalangan jalan raya yang tular di media sosial mahupun di dada akhbar. Boleh dikatakan kejadian seperti ini berlaku setiap hari dan apa yang paling mengerikan adalah kemalangan yang sampai meragut nyawa.

Tiga Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Pertembungan Kereta Dan Motosikal

Miri: Terbaru, tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta yang bertembung dengan motosikal di Jalan Miri-Bintulu, malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri, Law Poh Kiong, berkata dalam kejadian kira-kira pada jam 8.10 malam itu, mangsa yang maut di lokasi kejadian adalah pemandu kereta PROTON Wira, Mohammad Mukmin Sholehin Abdul Rahim, 29, dan dua mangsa yang menaiki motosikal iaitu penunggang, Roland Gerunsin, 26, serta pemboncengnya Maria And, 56.

Menurut beliau, ketika kejadian berkenaan berlaku, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Central bergerak ke lokasi sejurus pihak mereka menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.12 malam.

“Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati semua mangsa sudah meninggal dunia dengan kecederaan parah di bahagian kepala dan badan,” katanya.

Dalam pada itu, Poh Kiong berkata, semua mangsa tidak tersepit dan mayat ketiga-tiganya dikeluarkan dari lokasi kejadian untuk diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan lanjut.

Katanya, ketiga-tiga mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Miri bagi tujuan pemeriksaan serta bedah siasat.

“PDRM akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengetahui punca sebenar yang menyebabkan berlakunya pertembungan antara kedua-dua kenderaan itu,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *