Satu kemalangan maut membabitkan beberapa buah motosikal  dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu dekat sini awal pagi tadi.

Tiga MAUT Dalam Nahas Motosikal. Ini Yang Berlaku

Video serta beberapa keping gambar berkenaan kemalangan itu turut tular di dalam media sosial awal pagi ini.

Difahamkan tiga maut manakala sekurang-kurangnya dua lagi cedera dalam kejadian tersebut.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Tiga MAUT Dalam Nahas Motosikal. Ini Yang Berlaku

Bagaimanapun setakat ini, tiada pengesahan rasmi daripada polis atau Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berhubung kejadian tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply