Tiga Maut Kemalangan Lori Treler Di Jempol. Polis Dedah Punca. AL FATIHAH. | Tiga maut, termasuk pasangan suami isteri selepas terlibat dalam kemalangan. Polis dedah punca. AL FATIHAH.

Treler Hilang Kawalan

Sepasang suami isteri antara tiga yang dilaporkan maut dalam nahas membabitkan sebuah lori 10 tan yang membawa muatan kayu getah dengan sebuah treler tanpa muatan di Jalan Bahau-Rompin, dekat sini, kira-kira 11.25 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Mohd Khairiel Mohd Arif berkata suami isteri berkenaan yang dikenali Md Jantan Samsuddin, 65, dan Hasemah Hashim, 60, maut selepas mengalami kecederaan di kepala dalam nahas itu.

Kedua-dua mereka beralamat di Felda Gugusan Raja Alias 2, Bandar Seri Jempol.

Turut maut ialah pemandu treler Mohd Hafizie Mohd Sabri, 32, yang mengalami kecederaan di kepala. Mangsa berasal daripada Taman Kerayong Makmur, Bandar Bera, Pahang.

“Siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu Mohd Hafizie dari arah Rompin menuju ke Bahau dan setibanya di tempat kejadian, treler berkenaan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu merempuh lori yang dinaiki pasangan suami isteri itu.

Akibat kemalangan, pemandu dan penumpang lori berkenaan serta pemandu treler itu disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bahau Muhamad Rasul Hashim berkata 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bahau dan Seri Jempol dikerah ke lokasi kejadian kemalangan sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 11.15 pagi tadi.

Katanya, pihaknya mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dalam dua kenderaan terbabit.

Sumber: Siakapkeli

Share.

Leave A Reply