Tiga maut, manakala dua lagi cedera akibat kemalangan jalan raya di Jambatan Tengku Permaisuri Bainun, Sitiawan, Seri Manjung, dekat sini, semalam.

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terlibat kemalangan di Jambatan Tengku Permaisuri Bainun. FOTO Ihsan JBPM

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Mohd Azizi Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.13 malam.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta dan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Katanya, suami isteri masing-masing berusia 33 dan 32 tahun dalam keadaan tersepit di dalam kereta, manakala seorang bayi berusia dua tahun tercampak ke luar dari kenderaan sama.

May be an image of fire and road

“Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat khas.

“Ketiga-tiganya disahkan maut di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Dua orang lagi mangsa yang cedera (dari SUV berkenaan) diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut.

May be an image of outdoors

“Punca kemalangan masih dalam siasatan kerana tiada saksi di tempat kejadian, namun pihak kami percaya kedua-dua kereta bertembung,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, kemalangan juga mengakibatkan SUV itu terbakar 80 peratus.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.35 malam dan dipadam sepenuhnya pada 11.45 malam.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.32 pagi.

May be an image of 1 person and outdoors

Sumber : HM

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Viva bertembung 4WD, Warga Filipina M4ut & Wanita Mengandung Parah

Seorang lelaki warga Filipina maut selepas kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dalam kemalangan di jalan pesisir pantai Nagalang, Labuan, pada Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Ismaidi Ismail berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Rogelio Morta Jr Rogelio, 42, pemegang pas IMM13 (pas lawatan sosial bagi pelarian Filipina).

Beliau berkata, pemandu wanita kenderaan 4WD itu, Nooratira Matrih yang mengandung 16 minggu turut mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 8.30 pagi tersebut dan dia kini dirawat di Hospital Nukleus Labuan.

May be an image of 1 person, car, outdoors and text that says "ST 1614M 1614"

“Sebaik tiba di lokasi, kedua-dua mangsa terperangkap dalam kenderaan masing-masing iaitu mangsa yang maut menaiki kereta Perodua Viva dan turut mendapat bantuan kakitangan perubatan kecemasan,” katanya ketika dihubungi.

Ismaidi berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Ini adalah kali pertama kemalangan berlaku di jalan pesisir pantai ini sejak ia dibuka kepada orang awam pada 1 Februari tahun ini,” katanya.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply