Tiga Pelajar Didakwa Racun Rakan Sendiri, Cemburu Dapat Markah Tinggi

| February 1, 2021 | 0 Comments

Tiga Pelajar Didakwa Racun Rakan Sendiri, Cemburu Dapat Markah Tinggi | Tiga pelajar perempuan di sekolah di Iskandariah telah ditangkap kerana meracuni rakan sekelasnya sendiri. Menurut media tempatan, ia disebakan cemburu mendapat markah tinggi dalam peperiksaan.

Ketiga-tiga pelajar tersebut dipenjarakan selama empat hari di atas tuduhan memasukkan racun ke dalam sepotong kek.

Dikatakan mangsa yang bernama Israa Kamal Awadh, terkenal dengan kecemerlangan akademik di Abu Bakr Al Siddique Preparatory School. Kerap mendapat markah tinggi berbanding suspek, membuatkan suspek iri hati dan merancang untuk meracuninya.

Laporan ke atas autopsi mayat mangsa dan forensik menunjukkan kematian mangsa adalah disebabkan racun.

Menurut media tempatan, enam pelajar telah makan kek tersebut dalam perjalanan pulang ke rumah. Tiga daripadanya segera dibawa ke Hospital Universiti Amiri untuk menjalani rawatan setelah mengalami muntah dan keletihan yang teruk.

Mangsa meninggal di hospital, sementara pelajar kedua mengalami kegagalan buah pinggang dan yang ketiga selamat.

Sumber : Gulf News

Tags: , , ,

Category: DUNIA, JENAYAH, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *