Tiga Pelajar Laku Amang Seks ke Sekolah Henry Gurney

| April 19, 2021 | 0 Comments

Tiga Pelajar Laku Amang Seks ke Sekolah Henry Gurney | Setiap perbuatan akan ada balasannya begitulah kata yang sesuai untuk mengambarkan keadaan tiga remaja yang perlu menanggung akibat setelah melakukan amang seksual sehinggakan mereka bakal dihantar ke sekolah pemulihan iaitu Sekolah Henry Gurney.

Tiga Pelajar Lakukan Amang Seks ke Sekolah Henry Gurney

Kuala Terengganu: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, mengarahkan tiga pelajar dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Melaka kerana telah melakukan amang seksual dan bersubahat melakukan perbuatan itu kepada empat orang rakan mereka yang berusia antara 12 dan 13 tahun.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri memerintahkan ketiga-tiga pelajar institusi swasta yang berusia 16 hingga 17 tahun itu menjalani hukuman berkenaan selama tiga tahun.

Selain itu, dua lagi rakan mereka berusia 13 tahun akan dihantar ke Asrama Akhlak Rusila, Marang selama satu tahun atas kesalahan yang sama.

Semua tertuduh yang berusia 13 hingga 17 tahun berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 14(a), Seksyen(b) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Ttiga pelarerhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 serta Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada  Ogos 2020 hingga Januari lalu di Institusi berkenaan di Kuala Nerus.

Sumber: Metro

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *