Kenderaan Terbabas Langgar Pokok, Tiga Maut Akibat Rentung | Satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Vios telah berlaku dipercayai telah melanggar sebatang pokok di pinggir jalan sebelum terbakar sehingga menyebabkan tiga orang penumpang kenderaan tersebut dilaporkan maut akibat rentung kerana kebakaran tersebut di Georgetown, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Tiga Rentung Akibat Langgar Pokok, Kenderaan Terbakar

Tiga Rentung Akibat Langgar Pokok, Kenderaan Terbakar

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba Jalan Perak, Sha’ari Mansor, pihaknya telah mendapat panggilan kecemasan dari orang awam kira-kira pada jam 2.55 pagi selain memberitahu bahawa identiti mangsa belum dapat dikenal pasti.

Tambahnya, selepas pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati terdapat sebuah kenderaan telah terbakar akibat melanggar sebuah pokok.

Siasatan jga mendapati, akibat pelanggaran yang agak kuat, mangsa-mangsa tersebut dilaporkan tidak sempat keluar dari kereta tersebut untuk menyelamatkan diri dan disahkan maut di tempat kejadian.

Menurut Sha’ari Mansor, operasi menyelamat memerlukan pihak bomba menggunakan ‘Rescue Tools’ serta dilaporkan mereka turut mengenakan peralatan perlindungan diri (PPE) bagi menjalankan usaha kerja menyelamat mangsa yang didapati rentung akibat kebakaran pada jam 3.05 pagi.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply