Tindakan BAHAYA Warga Emas Pandu Lawan Arus Akhirnya Terima PADAH | Seorang lelaki warga emas ditahan pagi semalam selepas dikesan memandu kereta secara melawan arus di Lebuh raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) kelmarin.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata tangkapan terhadap lelaki berusia 83 tahun itu dibuat oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di kawasan plaza tol WCE.

“Polis telah kesan pemilik sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dipandu secara berlawanan arus di Kilometer 211 arah utara WCE dekat sini.

“Video kejadian itu telah tular di aplikasi media sosial bertarikh 9 Ogos 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tindakan saman telah diambil terhadap pemandu tersebut di atas kesalahan memandu melawan arus (Abaikan isyarat lalu-lintas) di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau memaklumkan hasil siasatan awal juga mendapati pemilik kenderaan tersebut mengalami penyakit Alzheimer dan simptom nyanyuk dan sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Difahamkan, ketika kejadian warga emas itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bharu, Ayer Tawar.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply