Tinggal Kereta, Barang Peribadi Sebelum Terjun Jambatan Kedua Pulau Pinang | Seorang lelaki dikhuatiri lemas akibat bertindak terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) di kilometer 8.5 arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Tinggal Kereta, Barang Peribadi Sebelum Terjun Jabatan Kedua Pulau Pinang

Mangsa dikenali sebagai Chow Yarn Wai, 39, dari Kuala Lumpur dilaporkan telah bertindak  meninggalkan kereta jenis Toyota Prius bersama barangan peribadi di jambatan itu sekitar pukul 4.40 pagi.

Menurut engarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed, gerakan mencari mangsa telah diaktifkan sebaik pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian dari Pusat Kawalan Trafik Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Difahamkan bahawa Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) sudah ditubuhkan berhampiran jambatan kedua dan gerakan mencari masih diteruskan.

Operasi ini dikhabarkan turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Polis Marin Batu Uban dan Agensi Pertahanan Awam dengan keluasan pencarian adalah 22.42 batu nautika persegi.

Jelas Abd Razak, Maritim Malaysia kini memandang serius mengenai kes begini dan berharap masyarakat tidak mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan membuat keputusan yang terburu-buru.

Tinggal Kereta, Barang Peribadi Sebelum Terjun Jabatan Kedua Pulau Pinang

Beliau turut memesan kepada orang ramai agar orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta menghubungi pihak Maritim Malaysia dan melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply