Tinggalkan Isteri & Anak-Anak Demi Memancing. Wanita Ini Nekad Lelong Suami Sendiri | Seorang wanita di Marton, New Zealand bertindak melelong suami sendiri di sebuah platform jual beli tempatan kerana berang ditinggalkan menjaga dua anak sendirian, lapor akhbar Mirror UK, pada Selasa.

John McAlister, dilelong di laman web Trade Me dengan keterangan yang diletakkan sebagai berketinggian 185.4 sentimeter, berusia 37 tahun dan seorang petani daging lembu.

Menurut Linda, aktiviti memancing itu sebenarnya bukan sesuatu yang luar biasa kerana ia sering dilakukan oleh John sebelum ini.

Bagaimanapun, tindakan itu tidak boleh diterima ketika mereka sekeluarga sedang bercuti, sekali gus membiarkan wanita itu menguruskan keluarga bersendirian.

Sementara itu, John yang mendapat tahu mengenai iklan lelongan itu hanya mampu ketawa dan menganggap bahawa ia adalah sesuatu yang lucu.

Dia turut menasihatkan golongan lelaki agar menjaga anak-anak mereka ketika cuti sekolah dan jangan sesekali membiarkan anak serta isteri sendirian.

Iklan lelongan tersebut berjaya menarik 12 pembida dengan nilai bidaan meningkat kepada AS$100 (RM419) menjelang tengah hari Selasa, namun ia telah dipadam oleh Trade Me beberapa jam kemudian kerana didapati melanggar terma dan syarat.

Sumber: Awani

Share.

Leave A Reply