Tipu Jual Pelitup Muka, Seorang Ahli Perniagaan Didakwa Di Mahkamah

| May 20, 2021 | 0 Comments

Tipu Jual Pelitup Muka, Seorang Ahli Perniagaan Didakwa Di Mahkamah | Seorang scammer bergelar ‘ahli perniagaan’ didakwa di Mahkamah Seksyen hari ini selepas dia dihadapkan dengan pertuduhan melakukan penipuan berhubung perniagaan pelitup muka yang tidak wujud.

Tipu Jual Pelitup Muka, Seorang Ahli Perniagaan Didakwa Di Mahkamah

Tertuduh yang dikenali sebagai Tjeong Chan Chin, 43, dikatakan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibaca di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Dia kini didakwa atas pertuduhan melakukan penipuan terhadap seorang lelaki berusia 37 tahun berhubung perniagaan pelitup muka yang tidak wujud sehingga menyebabkan lelaki tersebut menyerahkan wang berjumlah RM352,000 kepada tertuduh.

Tertuduh yang hadir ke mahkamah menggunakan tongkat selepas kakinya dikatakan patah akibat jatuh dua minggu lalu dituduh melakukan kesalahan di Jalan Tempua 8, Puchong Jaya antara 28 April hingga 13 Mei 2020 dan pertuduhan kini didakwa atas Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan dengan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika disabitkan dengan kesalahan.

Pendakwaan tersebut telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Zatil Hidayah Ali manakala mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 14 Julai.

Sumber: Astro Awani

Tags: , , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *