Tolong Ajarkan Aku Menjadi Isteri

| August 9, 2020 | 0 Comments

Tolong Ajarkan Aku Menjadi Isteri | Hai. Nama aku Sofia. Malam ini aku tak dapat tidur, banyak yang aku cuba fikirkan. Dah berhari aku cuba fikirkan macam mana hendak selamatkan rumah tangga aku yang goyah walaupun baru berumur setahun. Terlintas aku dengan page IIUMC, tolong aku, kawan2 semua.

Tolong ajarkan aku macam mana jadi seorang isteri. Aku hidup PJJ dengan
suamiku, rasanya 3 bulan sekali baru dapat jumpa.

Masalah terjadi bila suami aku rasa dia raja. Padanya, semua yang aku
lakukan adalah di bawah tapak kakinya.

Iya, sememangnya itu betul. Tapi… Aku baru menjadi isteri, jiwa aku
memberontak bila aku dilakukan seperti itu, bagi aku, aku dilayan
seperti hamba.

Mohon jangan nilai aku dulu, aku bagi contoh agar semua pembaca dapat
rasa macam mana di tempat aku..

Contohnya bila bab telefon. Sebagai hidup PJJ, telefon ni lah komunikasi
utama. Kami jarang mesej sebab masing2 sibuk kerja, bila balik kerja
baru kami dapat call, itu pun bukan setiap hari.

Ada masa dia main game sampai tengah malam atau melepak, aku pula rasa
rindu, mungkin ada perkara yang perlu aku kongsi dengan suami, bila aku
cuba call memang susah nak diangkat.

Call call tak angkat. Terkadang sampai aku jadi marah sebab diabaikan.
Tapi hasilnya aku pula yang diceramah sebab tak paham suami. Aku juga
yang kena bebel sebab tak bagi suami berehat dgn kawan.

Tapi dia tak paham situasi aku. Bila lagi kami nak berhubung kalau bukan
waktu malam?

Kadang kala Ada hal yang perlu confirm4tion dia seperti beli road tax,
beli tiket, atau apa2 urusan jual beli yang mahal, semua tu aku tak
boleh nak settle sebab aku tak dapat call laki aku.

Tahun lalu sampai seminggu kawan aku tanya pasal roadtax, aku cuma cakap
“nanti i proceed k, i tak bincang dengan suami lagi”..

Malu aku rasa bila kawan cakap, “eihh, dah berapa hari dah ni tak
bincang lagi ke.”..

Aku tak tahu macam mana nak explain kat kawan aku. Kalau ikutkan hati,
mau juga aku cakap, “iya, i memang susah nak contact suami sendiri.”
Tapi aku cuba tutup aib rumah tangga kami.

Ada ketika bila suami buat hal, dia sakit kan hati aku.. Aku akan rasa
sakit hati sangat sebab dia tak pujuk langsung. Bila marah, dia akan
stop contact aku.

Bila dah reda, dia akan suruh aku minta maaf dekat dia, (dia tak cakap
sory pun). “Awak minta maaf sekarang, tak kisah lah salah sape pun, awak
minta maaf dari saya, sebab syurga awak ada di kaki saya”..

Setiap kali aku dengar ayat ni, aku pasti akan mengalirkan air mata,
sebab tak adil aku rasa. Sangat tak adil. Tolong aku kawan2, begini kah
rasa jadi isteri?

Don’t get me wrong, suami aku orang nya baik je, bertanggungjawab, ayat
kat atas tu dia cakap dengan nada yang normal juga. Cuma masalahnya dia
tak pandai paham perasaan aku.

Aku pernah cakap dengan dia pasal give and take, cara komunikasi suami
isteri. Tapi dia tetap dengan pandangan dia yang aku kena turut cakap
dia. Dia tak kisah aku nangis ke, marah ke, Dia adalah raja dan aku
perlu turut.

Sekarang ni dah seminggu dia tak contact aku, sedikit pun dia tak
pujuk.. Dua tiga hari sebelum bergaduh dia tak contact aku juga selama
seminggu.. Aku hari2 menangis, nangis sebab rindu, nangis sebab sakit hati..

Aku rasa terlalu di biar hidup berdikari. Walaupun ada suami, aku tak
dapat mengadu, aku tak dapat bermanja.. Bagi aku menangis itu biasa,
dalam kereta, dalam bilik, dalam tandas. Semua itu biasa bagi aku..

Jujur aku cakap, tiap kali aku ditinggalkan, aku rasa sunyi sangat.

Kadang2 aku. Menangis masa drive, aku menjerit semahunya, kadang2 aku
menangis sampai aku terlena. Aku cuba keluar enjoy dengan kawan2 untuk
menghibur hati aku.

Sebab dalam kepala ni, ada je hasutan2 bila aku sendiri, selalu aku
terfikir untuk kerat tangan aku. Kadang aku tumbuk kaki aku sekuatnya.

Bagi aku, biarlah rasa sakit itu dapat aku zahirkan, daripada terpendam
dalam hati. Selalu juga aku pujuk diri aku bertenang, aku takut juga aku
termasuk dalam fasa d3pr3ssion.

Masa bercinta tak macam ni. Walaupun masa bercinta pun kami PJJ tak
pernah bergaduh sampai retak. Tak pernah pun lost contact sampai berhari2

Siapa yang salah? Aku tahu suami itu ketua, cuma aku minta perasaan aku
difahami. Dia faham ke apa aku rasa bila dia tinggalkan aku tiap kali
kami bergaduh? Marah, sedih rindu, aku yang pujuk diri sendiri.

Tolong ajarkan aku cara untuk menjadi seorang isteri.

– Sophia (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Tags: , , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *