Lelaki Tonton Video Jihad Sebelum Bunuh Pegawai Polis

| April 25, 2021 | 0 Comments

Lelaki Tonton Video Jihad Sebelum Bunuh Pegawai Polis | Seorang pegawai polis Perancis telah ditikam mati oleh seorang lelaki warga Tunisia. Kejadian itu telah berlaku di Rambouillet, pinggir Perancis. Dipercayai suspek terlebih dahulu telah menonton video propaganda jihadis sebelum menikam mangsa.

Lelaki Tonton Video Jihad Sebelum Bunuh Pegawai Polis

Menurut pendakwa raya anti-keganasan di Perancis, lima orang telah berjaya ditahan bagi membantu siasatan.

Berdasarkan analisis telefon bimbit pembunuh dan hantaran di akaun peribadi media sosialnya, pendakwa raya Jean-Francois Ricard berkata pada sidang media bahawa “radikalisasi (pembunuh) masih lagi diragui.”

Penyerang itu dikenali sebagai Jamel Gorchene,36 dipercayai telah menikam seorang wanita yang bekerja di balai polis Rambouillet yang terletak di pekan di pinggir Perancis pada jumaat lalu. Gorchene telah berlari masuk ke dalam bangunan itu dan menarik mangsa dari arah belakang sebelum menikam perut dan mengelar leher mangsa sambil menjerit “Allahu Akbar”.

Seorang pegawai polis yang berada di tempat kejadian telah menembak mati Gorchene kerana enggan meletakkan pisau yang berukuran 22 sentimeter itu. Para penyiasat mendapati Gorchene menonton beberapa video lagu yang memuji pejuang jihad di telefonnya sebelum melakukan serangan tersebut. Sebuah Al-Quran dan sejadah turut ditemui di skuternya miliknya.

Video kamera pengawasan turut menunjukkan Gorchene mengunjungi ruang solat sementara di Rambouillet beberapa jam sebelum menuju ke balai polis tersebut.

Bapa Gorchene turut mendedahkan bahawa anaknya itu telah mengamalkan fahaman islam yang keras. Beliau juga berkata dia melihat ada masalah tingkah laku daripada anaknya itu sejak awal tahun ini. Bapanya kini masih ditahan bagi membantu siasatan pada ahad lalu.

Suami isteri yang menempatkan Gorchene di rumah mereka setelah dia tiba secara haram di Perancis pada 2009 bagaimanapun dibebaskan dari tahanan tanpa sebarang pertuduhan. Dua orang sepupunya turut ditahan bagi menyiasat motif serangan itu dilakukan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali sera tidak memiliki sebarang rekod jenayah di dalam negara itu.

Sumber: Malaysia Now

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *