Tragedi Itaewon: 154 Maut Termasuk 26 Warga Asing | Angka kematian akibat kejadian rempuhan ketika sambutan Halloween di Itaewon, Seoul, Korea telah meningkat kepada 154 orang termasuk 26 warga asing, yang telah dilaporkan oleh Agensi Berita Yonhap.

Tragedi Itaewon mengorbankan 154 orang termasuk 26 warga asing. - Foto EPA

Menurut pegawai di Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat, angka kematian dijangka meningkat berikutan iaitu seramai 33 mangsa mengalami kecederaan serius.

Seterusnya, seramai 116 yang lain mengalami cedera ringan manakala hampir semua mangsa yang maut telah dikenal pasti.

Warga asing yang terbunuh dalam tregedi ini mencecah seramai 26 orang termasuk lima dari Iran, masing-masing empat dari China dan Rusia, dua dari Amerika Syarikat, dua dari Jepun dan masing-masing seorang dari Perancis, Australia, Norway, Austria, Vietnam, Thailand, Kazakhstan, Uzbekistan dan Sri Lanka.

Insiden itu berlaku pada Sabtu malam apabila sekumpulan besar pengunjung berkumpul sempena pesta Halloween dan memenuhi lorong sempit selebar 3.2 meter di daerah Itaewon, Seoul.

Rempuhan itu disifatkan insiden terburuk di Korea Selatan sejak tragedi feri Sewol karam di perairan pantai selatan pada 2014 yang mengorbankan 304 nyawa. Dalam tragedi tersebut, kebanyakannya adalah pelajar sekolah menengah.

Kejadian berlaku di sebuah lorong sempit sepanjang 40 meter yang menghubungkan restoran dengan jalan utama dan enam orang dewasa tidak boleh melalui kawasan itu pada masa yang sama.

Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca sebenar kemalangan itu.

Oleh itu, Presiden Yoon Suk Yeol mengumumkan tempoh berkabung selama seminggu bermula Ahad dan bendera dikibarkan separuh tiang.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply