Tragis! Pegawai Polis Maut Digilis Lori. Ini Puncanya.. | Kuala Lumpur: Pegawai polis maut selepas digilis sebuah lori di Kilometer 11 Lebuhraya Grandsaga arah Kuala Lumpur di sini, semalam.

Dalam kejadian 4.45 petang itu, Inspektor Mohd Farhan Zahari dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah di Gombak selepas mengikuti kursus di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Siasatan mendapati semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa cuba memotong sebuah lori di bahu kiri jalan namun keadaan jalan berpasir menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan lalu terjatuh di hadapan tayar lori.

“Akibatnya, mangsa digilis oleh lori yang sedang bergerak terus di laluan sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan kejadian itu, Azman berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER : Harian Metro

Share.

Leave A Reply