Di Hong Kong, China seorang pengajar yoga terkenal, Aqua Chow berusia 23 tahun ditemui meninggal dunia dengan 30 tikaman dan luka.

TRAGIS! Wanita Ditemui Maut Dengan 30 Tikaman. PUNCANYA Mengerikan

Mangsa ditemui di dalam tab mandi di sebuah hotel lima bintang, The Ritz Carlton di Kowloon West.

Polis Hong Kong menerusi laporan The Star, telah menahan seorang penganggur berikutan didakwa membunuh bekas teman wanitanya.

Sebelum ini, ibu kepada mangsa telah melaporkan akan kehilangan Aqua Chow (Chow Wai-yin).

Penolong Komander Daerah Jenayah Yau Tsim, Superintendan Gar Kam-lam, berkata, pegawainya mengesan tanda-tanda pergaduhan dan darah di tempat kejadian.

Bukan itu sahaja, sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam serangan berkenaan turut ditemui ditemui di dalam tab mandi.

Mangsa ditemui dalam tab mandi yang berisi darah malah kepalanya turut ditenggelami air.

TRAGIS! Wanita Ditemui Maut Dengan 30 Tikaman. PUNCANYA Mengerikan

Pemeriksaan awal oleh pakar patologi forensik menunjukkan mangsa mengalami lebih 30 luka pisau pada anggota badan di bahagian depan dan belakang.

Katanya lagi, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelum mangsa ditemui.

Beliau beranggapan pembunuhan tersebut besar kemungkinan telah dirancang.

Siasatan mendapati lelaki itu telah menukar pakaiannya sebelum dia meninggalkan hotel pada waktu subuh pada Khamis.

Pihak polis turut menemui barang-barang milik mangsa seperti dompet namun telefon bimbit miliknya tidak ditemui.

Menurut sumber, kemungkinan telefon berkenaan telah dibuang berikutan menyimpan teks mesej penting antara pasangan itu.

TRAGIS! Wanita Ditemui Maut Dengan 30 Tikaman. PUNCANYA Mengerikan

Terdahulu, penganggur berkenaan telah ditangkap tahun lalu berikutan disyaki mengugut Chow dengan gambar bogelnya sebelum pasangan itu berpisah pada Disember.

Sebelum insiden berkenaan berlaku, Chow tinggal bersendirian di Sham Shui Po.

Chow dijadualkan menaiki penerbangan ke Amerika Syarikat pada awal pagi Khamis bagi mengikuti kursus yoga di sana.

Bagaimanapun, dia dilaporkan hilang kira-kira jam 1 tengah hari Khamis selepas ibunya tidak dapat menghubunginya.

Malah, dia dilaporkan tidak menaiki penerbangan ke Amerika Syarikat.

Sumber: Oh Bulan

Share.

Leave A Reply