Tragis! Warga Emas Maut Nahas Kemalangan, Kepala Digilis Lori

| August 24, 2021 | 0 Comments

Tragis! Warga Emas Maut Nahas Kemalangan, Kepala Digilis Lori | Kematian tragis melibatkan seorang warga emas telah berlaku setelah dia dikatakan telah digilis sebuah lori selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kampung Kemumin Panchor, di sini, baru-baru ini.

Tragis! Warga Emas Maut Nahas Kemalangan, Kepala Digilis Lori

Kejadian tersebut dikatakan berlaku sekitar jam 10.30 pagi di sini melibatkan mangsa yang dikenali sebagai Md [email protected] Salleh Omar, 69, maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud kejadian tersebut dipercayai akibat daripada motosikal lelaki tersebut bergesel dengan sebuah lori menyebabkan mangsa terjatuh lalu kepalanya digilis kenderaan berat itu.

Hasil siasatan mendapati lori tersebut dari arah Panchor ke Panji dan sebaik sampai di lokasi kemalangan, lori yang dipandu secara perlahan tersebut berhenti dan memberi laluan kepada sebuah bas yang datang dari arah bertentangan untuk masuk ke lorong di sebelah kiri laluan.

Kata Abdul Rahim, ketika meneruskan semula perjalanan, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Ego Solariz datang dari arah sama cuba memotong lori itu di laluan kiri jalan dan dipercayai bergesel di bahagian sisi kiri belakang lori.

Tambahnya, mangsa kemudian terjatuh sebelum digilis tayar belakang kiri lori dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan.

Mangsa yang beralamat di Kampung Chepa, Sering telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian bagi proses bedah siasat.

Polis dilaporkan turut meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan ini supaya tampil ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu atau menghubungi talian 09-7752200 bagi membantu siasatan.

Sumber: Astro Awani

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *