Seorang kakitangan perubatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler.

Treler 'Suka Hati' Masuk Lorong Kecemasan, Lelaki Maut Digilis!

Kejadian itu dipercayai berlaku semalam di Kilometer 451.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah ke selatan.

Kemalangan dilaporkan berlaku sekitar jam 7.20 pagi ketika mangsa, Ahmad Norhakim Ruslan, 30, tahun yang menunggang Kawasaki ER250-C dalam perjalanan ke tempat kerja dari Bandar Tasik Puteri, Rawang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar telah memberi kenyataan berhubung insiden ini.

Menurutnya, hasil siastan awal, kejadian berlaku apabila treler yang dipandu di lorong paling kiri membrek.

Lalu, pemandu mengubah haluan ke lorong kecemasan akibat aliran trafik perlahan di hadapan.

Situasi itu menyebabkan motosikal mangsa tidak sempat mengelak dan bergesel dengan treler terbabit.

Kemudian, mangsa terjatuh dan digilis tayar belakang sebelah kiri treler terbabit.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala serta beberapa bahagian tubuh badan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambah Shafa’aton, treler dipandu seorang lelaki berusia 59 tahun itu membawa muatan pasir dan dalam perjalanan dari Bestari Jaya ke Sungai Besi.

Katanya, jenazah mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk urusan bedah siasat.

Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan untuk siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis memohon saksi bebas yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini untuk tampil membantu siasatan.

Segala maklumat boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Hasanal Hasif Johari di talian 019-2264650.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply