Batu Pahat: “Waktu itu, kami ingat tiada sesiapa dalam treler, namun apabila api berjaya dipadam, kami ternampak sekujur tubuh dalam keadaan rentung di tempat duduk pemandu,” kata Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Penawar, Penolong Penguasa Mohd Fadli Ismail.

Mohd Fadli mengetuai operasi memadam kebakaran sebuah treler yang dipercayai terbabas di Kilometer 109.5 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menghala ke selatan, dekat Yong Peng, malam tadi.

Menurutnya, beliau bersama 17 anggota dari Balai Bomba Pagoh dan Bukit Gambir memulakan operasi itu selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11.40 malam.

“Kami menyangka pemandunya sudah keluar menyelamatkan diri. Apabila api berjaya dipadam, kelihatan mayat dalam keadaan rentung keseluruhan di tempat duduk pemandu,” katanya operasi tamat pada jam 3.30 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata identiti pemandu treler yang rentung masih belum diketahui.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila treler dipandu mangsa dari arah Kuala Lumpur menghala ke Johor Bharu hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam longkang sebelah kiri jalan lalu terbakar.

“Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu gagal menyelamatkan diri sebelum rentung,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Ismail, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis meminta kerjasama orang ramai melihat kejadian itu, tampil ke Balai Polis Trafik Batu Pahat atau berhubung dengan pegawai penyiasat di talian 07-4327704.

Sumber : HM

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Pemandu Lori Balak Tersepit Sebelum Rentung Dalam Kebakaran

BATU PAHAT – Seorang pemandu lori balak maut selepas tersepit sebelum terbakar dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Kampung Temehel dekat Pekan Yong Peng di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.14 pagi itu menyebabkan mangsa, Mohd Khairol Nizam Rokazi,39, meninggal dunia di lokasi nahas.

Menurutnya, kemalangan melibatkan tiga buah lori balak yang penuh dengan muatan dalam perjalanan dari Labis ke Yong Peng.

“Siasatan mendapati ketika sampai di lampu isyarat berkenaa, lori pertama yang dipandu oleh Mohd Shahril Musa, 27, dan lori kedua pula dipandu Mohammad Fathul Syarastani Suhimi,30, berhenti kerana menunggu lampu isyarat hijau.

“Bagaimana pun, lori ketiga yang dipandu oleh Mohd Khairol gagal memberhentikan lorinya sebelum melanggar lori balak yang berada di hadapannya.

“Akibat kejadian itu, lori berkenaan telah terbakar dibahagian hadapannya menyebabkan Mohd Khairol rentung kerana tersepit di tempat duduk pemandu,”katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Ismail lagi, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply