(Video) Taktik Baru Penjenayah, Sanggup Dilanggar Lori Demi Duit

| April 6, 2021 | 0 Comments

(Video) Taktik Baru Penjenayah, Sanggup Dilanggar Lori Demi Duit | Desakan hidup kemungkinan boleh membuatkan seseorang melakukan sesuatu perkara diluar kotak. Ini bagi memastikan mereka boleh meneruskan kehidupan mereka. Namun kewarasan akal fikiran juga memainkan peranan yang penting dalam soal kehidupan.

(Video) Taktik Baru Penjenayah, Sanggup Dilanggar Lori Demi Duit

Satu rakaman video telah dimuatnaik dia media sosial oleh seorang pengguna aplikasi twitter. Video tersebut telah menunjukkan tindakan sekumpulan lelaki yang diluar kewarasan seorang manusia yang waras apabila mereka menahan lori yang sedang bergerak laju.

Dalam video yang berdurasi selama 0.08 saat itu menunjukkan sekumpulan lelaki telah berlari menuju ke atas jalan raya apabila mendapati terdapat sebuah lori sedang menuju ke arah itu. Mereka ini dengan pantas berlari dan berhenti di pertengahan jalan untuk menahan lori tersebut.

Namun disebabkan oleh kelajuan yang lori treler tersebut yang agak laju ketika itu telah menyebabkan pemandu lori itu gagal untuk memberhentikan kenderaan berat yang dipandunya itu. Sebelum itu, lori tersebut ada membunyikan hon kenderaannya sebaik sahaja menyedari akan kehadiran sekumpulan lelaki itu di atas jalan raya.

Disebabkan pemandu kenderaan berat itu gagal untuk memperlahankan dan memberhentikan kenderaannya, pemandu itu telah melanggar salah seorang lelaki yang berada di atas jalan raya itu. Manakala tiga lagi daripada rakannya sempat mengelak dan menyelamatkan diri.

Berkemungkinan individu yang merakam video tersebut juga merupakan salah seorang daripada rakan mereka. Tujuan sebenar tidakan mereka itu tidak diketahui. Nasib lelaki yang dilanggar oleh lori tersebut juga tidak diketahui.

Rata-rata pengguna twitter menyatakan bahawa taktik tersebut digunakan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan wang. Mereka sanggup mengambil risiko dan mencederakan diri mereka dengan harapan boleh menuntut wang pampasan daripada orang yang melanggar mereka.

Ada yang mengatakan bahawa video dan aktiviti itu berlaku di negara jiran iaitu Indonesia. Mereka ini digelar tukang palak oleh masyarakat tempatan, dimana mereka membuatkan kenderaan berhenti dan meminta wang daripada mereka.

Tindakan itu dianggap sebagai satu tindakan yang kurang bijak oleh para pengguna.

Ciapan video itu telah ditonton sebanyak 36.1k , mendapat sebanyak 746 ulang kicau dan 719 tanda suka daripada pengguna applikasi twitter.

Sumber:  Twitter

Tags: , , , ,

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *