TS Annuar Musa Dedah “Sesuatu” Tentang PM Yg Buat Ramai Orang RESPEK. | Hubungan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disifatkan sebagai ‘istimewa.’

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata demikian ketika merujuk sikap Muhyiddin yang sentiasa memulakan Mesyuarat Jemaah Menteri dengan menyampaikan titah Seri Paduka termasuk teguran sekali gus menyelar tohmahan sesetengah pihak yang mendakwa Perdana Menteri sebagai derhaka.

“Minggu ini sahaja, tiga kali Muhyiddin menghadap Tuanku iaitu waktu berlaku kekeliruan pindaan Ordinan Darurat pada 28 Julai, sebelum mesyuarat Kabinet pada 29 Julai dan hari ini (semalam) menghadap lagi.

“Orang yang derhaka, Tuanku tidak benarkan masuk Istana Negara. Yang tahu derhaka atau tidak derhaka itu Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini yang membincangkan tajuk ‘Politik: Apa lagi selepas ini?’

Menyentuh perutusan khas Muhyiddin semalam, Annuar berkata, Perdana Menteri mengambil langkah yang tepat dan berani bagi menyelesaikan kemelut politik tanah air.

Katanya, jika polemik politik itu dibiarkan berpanjangan, ia akan mengganggu tanggungjawab kerajaan yang sedang bertungkus-lumus berjuang dengan cabaran besar iaitu pandemik Covid-19.

Beliau juga menyifatkan pembentangan usul undi percaya kepada Muhyiddin pada sidang Parlimen bulan depan sebagai profesional dan selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam perutusan khas semalam, Muhyiddin berkata, beliau sudah menyembah maklum kepada Al-Sultan Abdullah bahawa beliau akan menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri di Parlimen dengan membenarkan suatu usul undi percaya kepadanya dibentangkan di Dewan Rakyat pada September.

Annuar turut menyifatkan Muhyiddin sebagai pemimpin berpengetahuan luas mengenai selok-belok pentadbiran negara dan mempunyai komitmen yang tinggi

“Beliau berpengetahuan luas, pernah menjadi menteri besar, menteri, timbalan perdana menteri dan kini perdana menteri. Walaupun nampak bersahaja tetapi beliau sangat arif dalam pentadbiran negara,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pencapaian kerajaan perlu dilihat dari segi kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang menyaksikan kadar vaksinasi harian tertinggi di dunia dan usaha menyelesaikan pandemik Covid-19.

Coretan Tan Sri Annuar Musa Di Facebook :

Perdana Menteri sentiasa mempunyai hubungan yg amat baik dengan SPB YDPA.Setiap hari Rabu beliau tak pernah gagal di perkenan mengadap.

Negara pula mempunyai Ketua Negara yg sangat prihatin soal pemerintahan dan rakyat.Baginda seorang Raja yg sangat berjiwa Rakyat.

Menjadi amalan Perdana Menteri memulakan setiap mesyuarat kabinet dengan menyampaikan titah dan pandangan SPB YDP AGONG.Baginda banyak memberi pandangan dan sentiasa di terima pakai oleh Kerajaan.

Foto ini di ambil pagi tadi.Kalau tidak silap saya,mengadap kali ketiga dalam masa seminggu..27hb,29hb dan pagi ini.

Demikian bijaksana seorang yg lama berpengelaman sebagai MB,MENTERI,TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN KINI PERDANA MENTERI.Amat arif selok belok pentadbiran dan peri pentingnya menjaga hubungan dgn istana.

Perdana Menteri juga mempunyai menteri menteri berpengelaman dalam kabinetnya.Tidak sedikit kalangan anggota kabinet yg mempunyai hubungan AMAT BAIK dgn Istana..

Justeru pihak yg ingin mencoba melebel PM sebagai derhaka,atau pura pura MEMIHAK KEPADA YDPA,adalah sebenarnya “unjuk dan sembah setia”yg tidak kena pada tempatnya.Ia suatu kepura-puraan politik,dan ia tidak di minta oleh Istana.Ia kerana isu derhaka itu langsung tidak berbangkit sama sekali.

Terkini,hubungan yg amat baik itu membolehkan setiap permasaalahan di hadapi,di pandu,di nasihati dan di beri perkenan SPB YDPA.

Baginda kekal “apolitical”.Kekal memerintah dengan adil dan saksama.

Patek sekelian menjunjung kaseh.Negara berbangga punya Ketua Negara yg bijaksana.

Daulat Tuanku

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply