Tujuh Lelaki Dicekup Berkumpul main Judi Loteri Awam Di Medan Selera

| July 14, 2021 | 0 Comments

Tujuh Lelaki Dicekup Berkumpul main Judi Loteri Awam Di Medan Selera | Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan pihak berkuasa adalah bertujuan mengurangkan kes yang semakin bertambah. Namun, masih terdapat segelintir rakyat yang mengabaikan hal itu dan meresikokan diri mereka.

Tujuh Lelaki Dicekup Berkumpul main Judi Loteri Awam Di Medan Selera

Hal ini dibuktikan dengan penahanan seramai tujuh lelaki yang berkumpul kerana disyaki terlibat dengan kegiatan judi loteri awam haram  di sebuah medan selera di Pekan Kepala Batas, Jitra semalam.

Serbuan tersebut dilakukan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu dan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Jitra hasil maklumat awam pada pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kesemua yang ditahan berusia di antara 25 hingga 54 tahun dan tinggal di sekitar Jitra.

Katanya, tangkapan itu turut melibatkan seorang suspek yang berusia 27 tahun yang disyaki menjalankan kegiatan judi tersebut.

Jelasnya, melalui serbuan itu juga, pihaknya telah merampas telefon bimbit jenis Nokia, satu unit pencetak mudah alih, sehelai kertas bercetak angka dan wang tunai berjumlah RM280.

Taambahnya, kesemua mereka dikompaun RM4,000 seorang mengikut Peraturan 8(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 dan suspek menjalankan kegiatan judi turut disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sumber: Kosmo

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *