Tukang Masak Maut Dilanggar Kereta Yang Rempuh Kedai Makan.

| February 23, 2021 | 0 Comments

Tukang Masak Maut Dilanggar Kereta Yang Rempuh Kedai Makan. | KAMPAR – Seorang tukang masak maut selepas dilanggar sebuah kereta yang merempuh masuk sebuah kedai makan di Jalan Batu Sinar di Taman Bandar Baru dekat sini hari ini.

maut

Dalam kejadian sekitar pukul 9.40 pagi itu, mangsa, Wong Kwai Yung, 59, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, kejadian berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu lelaki berusia 54 tahun itu terbabas masuk ke dalam kedai makan.

Katanya, difahamkan ketika kejadian, lelaki itu mahu masuk ke tempat letak kereta di hadapan kedai namun terpijak pedal minyak hingga menyebabkan kenderaan itu bergerak dan merempuh dua wanita yang berada di hadapan premis.

“Dua mangsa tersebut adalah tukang masak yang sedang memasak di gerai di hadapan premis berkenaan.

“Rempuhan itu menyebabkan Kwai Yung cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian manakala rakannya berusia 50 tahun cedera ringan di bahu dan kepala,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, ketika kejadian terdapat pelanggan berada di bahagian dalam kedai namun tiada kecederaaan melibatkan mereka.

Katanya, pemandu kereta itu merupakan orang kurang upaya (OKU) iaitu kudung bahagian kaki sebelah kanan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat manakala rakannya yang cedera turut dirawat di hospital sama,”ujarnya.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *