Tukar Kerajaan Waktu Wabak? Ini Komen DS Najib Yang Ditunggu Ramai

| August 15, 2021 | 0 Comments

Tukar Kerajaan Waktu Wabak? Ini Komen DS Najib Yang Ditunggu Ramai | Ramai bertanya, tak bahaya ke tukar kerajaan waktu wabak? Ini komen DS Najib yang ditunggu ramai. Bijak.. πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

DEMI KEBAIKAN RAKYAT

Bukanlah sesuatu hal yang luar biasa untuk seorang pemimpin negara meletakkan jawatan pada masa pandemik setelah hilang keyakinan rakyat dan sokongan ahli parlimen, kata Najib Razak.

Menurut bekas perdana menteri itu tidak timbul isu berperikemanusiaan atau tidak peduli keadaan rakyat.

Apa yang menjadi dasar kepada keadaan sekarang, katanya, ialah perlunya mengubah pendekatan setelah banyak kali menemui kegagalan dan ia harus dibuat demi kebaikan rakyat.

β€œNegara-negara tak seteruk itu tapi pemimpin dunia turut mengambil tanggungjawab kegagalan dengan meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada orang baru,” kata Najib di Facebooknya.

Ahli parlimen Pekan itu juga menyenaraikan nama pemimpin dunia yang meletakkan jawatan setelah dikatakan gagal mengawal Covid-19 dan ekonomi.

Antaranya bekas perdana menteri Itali Giuseppe Conte, bekas perdana menteri Slovak Igor Matovic, bekas perdana menteri Mongolia Khurelsukh Ukhnaa dan bekas perdana menteri Sweden Stefan Lofven.

β€œBeza negara-negara itu dengan Malaysia ialah pemimpin mereka mengaku gagal (walaupun prestasi tak seteruk Malaysia) dan bersedia mengambil tanggungjawab sebab ia melibatkan nyawa manusia dan kelangsungan hidup rakyat.

β€œTak ada pun mereka keluar kaca televisyen untuk sogok dan meminta nyawa secara live atau pun tuduh tanpa bukti bahawa mereka yang tak sokong dia adalah kluster mahkamah,” kata Najib lagi.

Sudah diingatkan berkali-kali

Kenyataan itu hadir di kala Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dikatakan akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong esok, hanya beberapa hari selepas dia menegaskan untuk tidak akan berundur atas alasan tiada ahli parlimen lain yang dapat membuktikan mereka mendapat majoriti mencukupi di parlimen.

Dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung pada 13 Ogos lalu, Muhyiddin menghulurkan jalan damai buat pembangkang luar daripada PN dengan membuat pelbagai tawaran menarik.

Ia bagi membolehkan dia melepasi ujian undi percaya yang dijadualkan berlaku di Dewan Rakyat pada Sept nanti.

Bagaimanapun, tawaran itu ditolak oleh parti pembangkang.

Dalam hantarannya, Najib menyenaraikan situasi Covid-19 yang memburuk 12 kali ganda setelah darurat dilaksanakan selama tujuh bulan, serta kes yang semakin tinggi meskipun dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, yang dakwanya, Malaysia menjadi negara paling lama mengenakan perintah sebegitu.

Najib juga menyebut Malaysia kini menjadi negara tertinggi mencatatkan kes baru dan kematian Covid-19, selain menjadi pasaran saham tercorot di Asia Pasifik serta kedua tercorot di dunia.

Unjuran pertumbuhan ekonomi pula, katanya, perlu dipotong lebih separuh.

Semua itu berlaku, kata Najib, kerana “kesilapan dan kesalahan dasar amat besar” meskipun sudah diingatkan berulang-ulang kali mengenainya.

β€œAS dan Jepun juga telah menukar presiden dan perdana menteri semasa pandemik. Tak (nampak pun) negara-negara di atas dijahanamkan sebab pemimpin tukar.

β€œ[…] Yang mungkin bertukar cuma dasar-dasar gagal kerajaan,” katanya lagi.

Sumber : MKiniΒ 

Tags: , , , ,

Category: POLITIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *