Dua penunggang motosikal tercampak lalu jatuh tersembam atas jalan selepas bertembung sesama sendiri dalam satu kemalangan di sebuah jalan raya dekat Subang Jaya, Selangor pada Rabu.
Kemalangan itu dipercayai berlaku akibat kecuaian seorang penunggang yang tidak menoleh ke belakang ketika keluar memotong di laluan berkenaan.
Susulan itu, seorang lagi penunggang lain yang datang dari arah belakang kemudiannya merempuh suspek sehingga tercampak di lokasi kejadian.
Lokasi sebenar belum diketahui setakat ini namun ia dipercayai berlaku di laluan sekitar Subang Jaya, Selangor.
Dikongsikan di laman Facebook, kemalangan terbabit hangat diperkatakan netizen dan menerima lebih 30,000 jumlah tontonan setakat ini.
@majoritiofficial Memang bahaya kalau memotong masa jalan sesak, sampai tercampak dua penunggang tu. VIDEO & BERITA PENUH dalam artikel. #isuviral #kemalangan #beritatiktok #beritaterkini #subangjaya #rider
♬ Creepy and simple horror background music(1070744) – howlingindicator
Berdasarkan rakaman tersebut, penunggang yang datang dari arah belakang itu dipercayai menunggang dalam keadaan laju dan gagal menekan brek kecemasan ketika insiden berkenaan.
Meskipun laluan jalan raya agak sesak dan sempit, kedua mereka dilihat memandu dalam keadaan berbahaya apabila tidak mengekalkan jarak selamat antara kenderaan di situ.
Kemalangan itu sekali gus mencetuskan kekecohan di laluan terbabit dan seorang penunggang lelaki berbaju putih dilihat berhenti memberikan bantuan.
Rata-rata warganet meninggalkan komen berhubung kemalangan terbabit.
“Kalau nak keluar ataupun memotong tengok la kiri kanan dan depan belakang dulu, jangan main keluar bila berlanggar dah susahkan semua orang,” jelas Izzat Azraeei.
“Lain kali jangan laju sangat memandu kalau jalan tengah sesak macam itu, takut ada yang nak melintas dan kereta tukar lorong itu yang boleh berlanggar,” kata Are Larm.
“Kena betul-betul toleh belakang sebelum memotong, jalan sesak memang tak akan nampak penunggang dari arah belakang,” tambah Danial Raiss.
Namun, kedua-dua penunggang difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan setakat ini belum ada sebarang laporan daripada pihak polis berhubung kemalangan terbabit.
Sumber: Majoriti
Baca Juga: Wanita Vietnam Bunuh Kekasih 10 Tahun Kerana Cemburu
Suspek wanita warga Vietnam dikatakan menjalin hubungan cinta selama 10 tahun dengan mangsa lelaki tempatan yang mayatnya ditemui dengan kesan kecederaan di sebuah apartmen di Taman Bukit Delima di sini.
Satu sumber berkata, setakat ini, motif kejadian melibatkan mangsa berusia 50 tahun dan suspek berusia 33 tahun adalah disebabkan cemburu.
“Siasatan awal mendapati mereka merupakan pasangan kekasih dan menjalin hubungan cinta selama 10 tahun.
“Suspek dipercayai mempunyai hubungan dengan lelaki lain menyebabkan mangsa cemburu,” katanya semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof memberitahu, pihaknya sudah merakam keterangan seramai enam saksi termasuk jiran mangsa bagi membantu siasatan kes tersebut.
Semalam telah dilaporkan seorang lelaki ditemui mati dengan kesan luka pada rusuk kanan dipercayai akibat ditikam di sebuah apartmen di Taman Bukit Delima pada Ahad lalu.
Sebelum itu, mangsa dikatakan bergaduh dengan seorang wanita yang juga suspek.
Mayat mangsa dijumpai pada pukul 9.30 malam dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah tersebut.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, polis mendapati seorang wanita dalam keadaan panik dan sedih di dalam rumah tersebut. Suspek direman tujuh hari sehingga 28 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Kosmo