Tular Berita Tutup Laluan Ke Kota Bharu, Kelantan. Ini Penjelasan Sebenar Dari MKN

| April 9, 2020 | 0 Comments

Tular Berita Tutup Laluan Ke Kota Bharu, Kelantan. Ini Penjelasan Sebenar Dari MKN | Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menafikan tujuh berita palsu, hari ini.

Berikut senarai berita palsu yang tular di media sosial.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) nafi penutupan hampir seluruh laluan utama ke Bandar Kota Bharu, Kelantan yang hanya boleh dilalui pada 8 pagi sehingga 1 tengah hari susulan Bandar Kota Bharu diisytihar sebagai zon merah Covid-19.

MKN juga nafi mengagih penutup mulut dan hidung yang diletak bahan kimia selain perompak berlagak sebagai wakil kerajaan tempatan akan bertindak selepas penghuni rumah mereka lawati pengsan.

Majlis Perbandaran Manjung, Perak, nafi mengeluarkan kenyataan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Manjung.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu nafi menyekat pihak menyediakan perkhidmatan makanan secara cash on delivery (COD) sepanjang tempoh PKP.

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) nafi mengeluarkan kenyataan ‘Covid-19: Solat Jumaat tetap diteruskan’ bertarikh 8 April.

Pihak pengurusan HeroMarket nafi empat pekerja di cawangan Alam Megah, Selangor, positif Covid-19.

Pihak Hospital Lawas, Sarawak, nafi terdapat pertambahan kes Covid-19 di daerah Lawas sejak 14 Mac lalu.

Sumber : Harian Metro

Tags: , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *