Tular Kumpulan Individu Motosikal Halang Lalu Lintas, Ini Tindakkan Pihak Polis | Sekumpulan individu yang tular menghalang lalu lintas bagi mengiringi perarakan van mayat di Pekan Meru di sini, tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan gengster.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya membuat laporan polis mengenai sebuah video yang dimuatnaik di sebuah laman Facebook, kira-kira pukul 10.43 pagi tadi.

Kata beliau, ia memaparkan sekumpulan remaja tidak bertopi keledar dan bermotosikal yang mengiringi sebuah van mayat bertindak menghalang lalu lintas di persimpangan lampu isyarat.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah sedang mengesan dan akan memanggil penganjur untuk mengambil keterangan dan mengenal pasti suspek terlibat.

“Polis menafikan penglibatan kumpulan gangster dalam perarakan itu seperti yang dimuat naik menerusi media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Vijaya Rao, kes disiasat mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply