Satu video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berkaitan kes kecurian telah tular di media sosial baru-baru ini.

TULAR! Rider Bawa Lari Bungkusan Barangan Pelanggan. Ini Yang Berlaku

Video memaparkan seorang pekerja syarikat perkhidmatan penghantaran dipercayai mencuri bungkusan barangan yang ditinggalkan di hadapan rumah di Kepala Batas di sini.

Rakaman video yang berdurasi 52 saat telah dimuat naik individu bernama Arzlie Amir.

Menerusi video itu, kelihatan seorang ‘rider’ yang menunggang motosikal mengelilingi kawasan taman perumahan terbabit beberapa kali.

Difahamkan, lelaki tersebut turut singgah di rumah jiran dan berpura-pura untuk menjual kuih.

Kemudian, lelaki itu mengambil bungkusan yang terletak di tepi pagar kediaman teres terbabit.

Berdasarkan kapsyen pemilik video, nombor plat motosikal terbabit sudahpun diperolehi.

Namun, ‘rider’ itu diberi peluang untuk memulangkan kembali bungkusan yang diambil kepada tuan rumah.

Susulan tindakannya itu, lelaki tersebut telah mendapat pelbagai kecaman daripada netizen.

Rata-rata netizen menyifatkan yang dia sudah mencemarkan nama baik ‘rider’ lain yang ikhlas mencari rezeki.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad mengesahkan kejadian tersebut berlaku di Bertam Putra namun tiada laporan polis dibuat setakat ini.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply