Tular Video Belasah Remaja Di Pantai Kelanang, 10 Lelaki Ditahan

| September 2, 2020 | 0 Comments

Tular Video Belasah Remaja Di Pantai Kelanang, 10 Lelaki Ditahan | Shah Alam: Seramai 10 lelaki tempatan ditahan selepas disyaki terbabit dengan kes seorang remaja lelaki dipukul dengan sepana dan topi keledar berhampiran Pantai Kelanang, Banting, Selangor, Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, suspek berusia 20-an sehingga 40-an itu kini direman sehingga Sabtu ini.

“Empat suspek ditahan pada Selasa manakala enam ditahan di sekitar daerah Kuala Langat, semalam.

“Semua suspek direman sehingga Sabtu untuk siasatan lanjut sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

“Siasatan awal mendapati kejadian terbabit dipercayai berpunca akibat salah faham,” katanya mengulas mengenai kejadian tular di media sosial sejak Isnin lalu.

Isnin lalu, portal berita Harian Metro melaporkan mangsa yang berusia 19 tahun dipukul kepala menggunakan topi keledar dan sepana sehingga pengsan oleh sekumpulan lelaki.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman dilaporkan berkata, dalam kejadian 6.30 petang itu, mangsa dikatakan menunggang motosikal bersama rakannya menuju ke Pantai Kelanang sebelum dihalang dan diserang kumpulan itu.

Beliau berkata, mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sumber : Hmetro

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *