Tular Video Lelaki Pukul Warga Emas Guna Topi Keledar | Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan seorang lelaki memukul warga emas menggunakan topi keledar.
Menurut laporan kenyataan dari Ketua Polis daerah Brickfields, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah Stesen Minyak Shell di Jalan Duta, Kuala Lumpur menghala ke utara. Video rakaman CCTV yang berdurasi 43 saat itu telah dimuatnaik oleh satu pemilik akaun Twitter pada 13 November 2021.
Video tersebut memaparkan tindakan seorang lelaki telah mengasari atau memukul seorang pemandu kereta iaitu warga emas dengan menggunakan topi keledar.
Tindakan lanjut pihak berkuasa sudah menahan suspek lelaki berumur 38 tahun itu. Semakan dapati suspek mempunyai 1 rekod jenayah dadah pada tahun 2010 dan masih dikehendaki polis.
Mangsa yang berusia 64 tahun pula telah menerima rawatan di hospital dan dibenarkan keluar wad pada hari ini.
Sumber : Inforoadblock, KPD Brickfields