Tumbuk Ibu Kandung, Peniaga Pasar Malam Dipenjara

| November 30, 2020 | 0 Comments

Tumbuk Ibu Kandung, Peniaga Pasar Malam Dipenjara | Kuala Lumpur – Gara- gara mencederakan ibu kandungnya dengan menumbuk wanita itu sehingga cedera, seorang peniaga pasar malam dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohamed Fared Abdul Latif menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 40 tahun itu selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 28 November lalu.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja telah mencederakan ibunya, yang berusia 70 tahun di sebuah rumah, Taman Seri Delima, Sentul, di sini, pukul 7.30 pagi pada 28 November lalu.

Berikutan pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Illya Syaheedah Mohd .Razif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh dengan mengambil kira faktor mangsa sudah berusia 70 tahun.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia mengalami masalah psikologi.

Mengikut fakta kes pada hari kejadian, tertuduh telah bertindak memarahi dan menumbuk ibunya di kepala kerana mangsa tidak memberikannya wang.

Ekoran tindakan agresif tertuduh, mangsa kemudian menghubungi polis untuk meminta bantuan.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *