Selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi tumpuan kepada penulisan berkaitan sejarah dan aktiviti dalam negara.

Bakal Bersara Dalam Politik Selepas Kalah PRU-15? 'Ini' Jawapan Tun M..

Beliau yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi itu berkata, banyak peristiwa yang berlaku dalam negara belum pun direkodkan termasuk ketika zaman British.

Menurutnya, beliau juga terbuka untuk ditemuduga oleh penulis, melalui ciapan di Twitter beliau baru-baru ini.

Pada PRU15, Dr Mahathir menjadi antara 369 calon kerusi Parlimen yang hilang wang deposit selepas memperoleh undi kurang satu per lapan daripada jumlah keseluruhan undi.

Beliau yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) hanya memperoleh sebanyak 4,566 undi daripada keseluruhan 48,123 undi dalam pertandingan lima penjuru.

Selain itu, anak beliau iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Pengerusi GTA, Datuk Marzuki Yahya juga gagal merampas kerusi Jerlun dan Sungai Petani.

Menurutnya, beliau sebagai pengerusi Pejuang sedih tetapi harus terima dengan pilihan rakyat.

Ulasnya lagi, oleh kerana Pejuang kalah semua 125 kawasan yang dipertandingkan, Pejuang tidak pun dapat menjadi pembangkang dalam dewan.

Katanya, segala perancangan Pejuang untuk negara terpaksalah digugurkan. Yang boleh dilakukan oleh Pejuang ialah melihat arah pemerintahan pihak yang menang.

Tambah beliau lagi, Pejuang berdoa siapa juga yang menjadi kerajaan Malaysia akan dapat memulihkan segala masalah yang akan dihadapi oleh negara.

Berdasarkan ciapan tersebut di laman Twitter, rata-rata netizen menyambut baik serta mengucapkan terima kasih atas jasa yang dibuat oleh Tun M ketika berkhidmat sebagai perdana Menteri Malaysia.

Menerusi komen yang dibuat oleh Tweet ‘handle’ @zainiamin, “Terima kasih atas jasa Tun kepada negara, di mana-mana saya pergi, dari benua Australia ke Eropah, bila saya beritahu saya anak Malaysia, ramai yang masih mengenali Tun dan memberi penghargaan kepada Tun. Moga Allah membalas jasa Tun dengan penuh barakahNya. Ameen”.

Menerusi tweet ‘handle’ @NabilahAzharrr, “Kami sayang tun dan sayang negara. Saya faham berat utk tun tarik diri. Kami bahagia dpt tgk tun akhirnya boleh rehat. Kami hargai usaha tun utk malaysia selama ni. Doakan yang terbaik utk malaysia. Tun tetap antara pemimpin ikonik sepanjang sejarah penubuhan negara Malaysia.”

Manakala, tweet ‘handle’ @arshadiswriting juga berkata, Terima kasih atas segala usaha dan perjuangan, Tun. Saya takkan lupa segala jasa dan pembangunan yang dilakukan. Takkan lupa contoh yang ditunjukkan. Tun M, jangan risau, masih ada lagi yang beringat. Bagi kami, perjuangan masih belum selesai”.

Bakal Bersara Dalam Politik Selepas Kalah PRU-15? 'Ini' Jawapan Tun M..

Tidak kurang juga komen yang diberikan oleh tweet ‘handle’ @nursarrahisa97, “Takpelah Tun..dah sampai masanya untuk Tun berehat..Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang Tun pernah buat untuk majukan Malaysia..jasamu tetap dikenang..”

Begitu juga komen yang diberikan oleh @danieleskay, ” Setiap pasang ada masa surutnya. Dah tiba masa untuk Tun berehat dan lepaskan semua hal duniawi ni. Jaga diri, Tun”.

Sumber: Twitter, Sinar Harian

Share.

Leave A Reply