Tunggang Motosikal Berkuasa Tinggi, Pelajar Maut Kemalangan

| March 15, 2020 | 0 Comments

Tunggang Motosikal Berkuasa Tinggi, Pelajar Maut Kemalangan | PELAJAR maut manakala rakannya cedera selepas motosikal berkuasa tinggi dinaiki terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tok Jembal, Kuala Nerus, semalam.

Motosikal Dirempuh Kereta

Dalam kemalangan 10.50 malam, Wan Muhammad Kasyaf Wan Mohd Sabri, 15, yang membonceng motosikal Kawasaki Z800 meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada anggota badan.

 

Manakala rakannya berusia 16 tahun yang cedera dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Difahamkan, ketika kejadian, dua remaja itu dikatakan dari arah Gong Badak menghala ke arah Tok Jembal.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, sebuah kereta Toyota Yaris dipandu seorang wanita dikatakan keluar dari simpang di sebelah kiri jalan lalu merempuh motosikal itu.

Akibat rempuhan itu, mangsa dikatakan tercampak ke tengah jalan sebelum dilanggar sebuah kereta Proton Wira yang datang dari arah bertentangan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu Superintendan Abd Razak Hasan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HSNZ untuk bedah siasat, sementara rakan mangsa turut dirawat di hospital sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *