‘Ubah’ Warna Daging Babi Dan Dijual Sebagai Daging Lembu, 4 Lelaki Ditahan

| May 13, 2020 | 0 Comments

‘Ubah’ Warna Daging Babi Dan Dijual Sebagai Daging Lembu, 4 Lelaki Ditahan | Empat lelaki ditahan di Jawa Barat, Bandung, Indonesia baru-baru ini atas dakwaan menjalankan operasi menjual daging babi yang ‘diubah’ menyerupai daging lembu sejak tahun lepas.

Ketua Polis Bandung, Hendra Kurniawan berkata, keempat-empat suspek tersebut; T (54), MP (45), AR (38) dan AS (39) telah menjual lebih 63 tan daging lembu palsu dalam masa setahun.

Memetik laporan portal tempatan, sebanyak 600 kilogram daging babi yang ‘diubah’ menjadi daging lembu telah dirampas pihak polis daripada suspek berkenaan.

“Jenayah mereka ini amat dipandang serius dalam kalangan majoriti Muslim di Indonesia kerana babi haram dimakan,” katanya.

Polis dan penguatkuasa menunjukkan beberapa bungkusan daging babi yang digubah menjadi daging lembu dalam satu rampasan baru-baru ini. Gambar: Agensi

Modus operandi

Menurut Hendra, T dan MP datang dari Solo dan menyewa di sebuah rumah di Bandung pada tahun lalu.

Difahamkan, rumah sewaan tersebut dijadikan ‘port’ menyimpan ratusan kilogram daging babi yang bakal diproses itu.

“T dan MP dilaporkan ‘bertugas’ mendapatkan sumber stok daging, dalam masa sama AR dan AS juga sebagai penjual yang menjual daging tersebut di sekitar Majalaya dan Baleendah.

Gambar: Agensi

“T dan MP membeli daging babi dengan harga IDR45,000 (anggaran RM13) per kilogram daripada kawan mereka di Solo, kemudian ia dijual semula ke pasaran tempatan (sini) kepada orang awam dengan harga IDR85,000 (RM24) ke IDR90,000 (RM26) per kilogram.

“Secara fizikalnya, daging babi asalnya kelihatan pucat, manakala daging lembu pula lebih kemerahan.

“Mereka menggunakan serbuk borax (atau sodium borate) ke atas daging babi berkenaan ketika diproses untuk mengubah warna daging daging, sebelum ia bertukar menjadi lebih kelihatan segar dan kemerah-merahan seakan daging lembu sebenar,” jelas ketua polis itu lagi.

Pihak polis membuat pemeriksaan di pasar-pasar sekitar Baleendah dan Majalaya. Gambar: Agensi

Tambahnya, warga tempatan diminta untuk berwaspada sekiranya wujud penjualan daging yang harganya lebih murah berbanding harga pasaran biasa.

Kesemua suspek tersebut dituduh atas kesalahan melanggar undang-undang mengenai pertanian dan kesihatan haiwan serta perlindungan pengguna yang membawa hukuman lima tahun penjara.

Sumber: Tribun News MakerCoconut Jakarta Via Siakapkeli

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *